Tengku Ibrahim Tengku Wook seorang tokoh yang mahir dalam membuat pemilihan bahan mentah. Bahan mentah kayu yang lazim digunakan adalah kayu kemuning putih dan hitam. Di samping kayu Tengku Ibrahim gemar mengukir taduk, gigi ikan, gading dan bahan-bahan kayu lainnya.
Barangan ukiran yang dihasilkan juga disesuaikan dengan bahan mentah. Contohnya ukiran kepala buaya akan diukir atas gading gajah yang lebih menampakkan kesenian dan keistimewaan tersendiri.
Keunikan dan kesenian Tengku Ibrahim juga beliau mahir menggabungkan bahan-bahan mentah seperti gabungan antara kayu kemuning putih dan hitam ataupun antara kayu dan bahan lain seperti tanduk dan juga gading gajah.
Artikel ini telah ditulis pada
hari Khamis
, Khamis, April 19, 2012
di bawah kategori
Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan