Sumbangan Dalam Pembangunan Industri Kraf Negara-Ishak Kassim  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menurunkan kemahiran

Encik Ishak Kassim tidak pernah mengenal erti jemu untuk menurunkan kemahiran Anyaman Rotan kepada golongan muda yang berminat untuk mempelajari kemahiran ini .

Sesiapa sahaja yang berminat mendekati Encik Ishak Kassim terutama pekerja-pekerja Kraf Rotan Ishak akan sedikit sebanyak menimba ilmu pembuatan dan menjadi harapan beliau agar kemahiran ini akan diwarisi oleh seseorang. Buktinya, beliau mempunyai empat (4) orang pekerja tetap yang berkemahiran.

Beliau turut menerima pelatih-pelatih Sijil dan Diploma dari Institut Kraf Negara (IKN) untuk program praktikal dan latihan Industri bermula sekitar tahun 2004 hingga kini. Selain itu beliau turut menerima pelatih dari MARA dan Politeknik untuk program praktikal.

Beliau juga menerima pelatih Latihan Jangka Pendek yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka untuk menimba lebih ilmu pembuatan anyaman bakul rotan .

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu

Bermula pada tahun 1980an beliau banyak menyumbangkan bakti mengembangkan kemahiran seni pembuatan kraf anyaman rotan melalui beberapa agensi dan pertubuhan antaranya:
- RISDA Negeri Sembilan
- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
- KEMAS Kuala Lumpur
- Pusat Serenti Tampin
- Maktab Perguruan Melayu Melaka
- Kolej Komuniti Pahang

Beliau turut membantu mempromosikan barangan kraf anyaman rotan dengan menyertai beberapa siri pameran dan demonstrasi di dalam dan luar negara termasuklah yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia.

Beliau juga sering melibatkan diri dalam kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak FELDA, RISDA, FELCRA, MEDEC, BIKS, SIRIM, MECD, ITM, Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia serta pihak Kraftangan Malaysia khususnya.

Bermula pada tahun 1990, beliau sering menerima jemputan jualan, demonstrasi dan pameran dalam program promosi sepanjang tahun anjuran Kraftangan Malaysia terutama Hari Kraf Kebangsaan.

Menjadi pakar rujuk

Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka juga menggunakan khidmat beliau sebagai juru demo untuk promosi bergerak dan tenaga pengajar bagi produk anyaman kraf rotan bagi peserta Latihan Jangka Pendek anyaman kraf rotan yang dijalankan pada tahun 2011.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan