Komitmen Yang Tinggi Dalam Memartabatkan Seni Kraf Warisan Negara-Ishak Kassim  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran

Encik Ishak Kassim sentiasa berusaha menambah ilmu bagi meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan karya atau reka ciptanya.
Dari segi pengunaan teknologi mesin dalam pembuatan kraf anyaman rotan, beliau tidak segan silu untuk belajar daripada mereka yang lebih muda daripadanya untuk mempraktikkan kaedah pembuatan yang mudah dan kos efisien hasil daripada kajian pihak R&D Kraftangan Malaysia.

Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan

Faktor pendorong kepada beliau supaya meneruskan seni pertukangan kraf tradisional ini ialah:
  • Mempertahankan seni tradisional pertukangan kraf anyaman rotan supaya terus berkembang dan dikenali ramai
  • Memartabatkan seni kemahiran masyarakat melayu
  • Mahu mendidik golongan muda dalam menghasilkan produk anyaman yang berkualiti tinggi.
  • Menyalurkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki untuk generasi baru supaya dapat mengekalkan seni anyaman kraf rotan agar dijadikan khazanah negara yang berguna.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

1 ulasan

mohon masukkan hasil karya beliau.tq

Sabtu, Februari 11, 2017

Catat Ulasan

Catat Ulasan