Berkemahiran Dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan-Ishak Kassim  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tahap penghasilan karya / reka cipta

Encik Ishak Bin Kassim dari syarikat Kraf Rotan Ishak sering menggunakan dan menggubah reka bentuk sedia ada dan menambah rekacorak yang berunsurkan motif flora dan fauna, bentuk geometri, bentuk-bentuk bijirin dan kekacang serta bentuk bahagian kediaman seperti bumbung rumah dan sebagainya untuk disesuaikan dengan bentuk produk kraf mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.

Eksklusif

Karya atau reka cipta yang dihasilkan beliau sering dijadikan cenderamata tetamu kehormat luar dan dalam negara dan dibeli oleh pihak Diraja Pahang ketika produk tersebut di promosikan di London sekitar tahun 2008.

Beliau sering membuat barang contoh (prototaip) R&D Kraftangan dari tahun 1986 hingga kini 2011. Selain itu beliau turut mendapat tempahan membuat produk VIP seperti Bakul Berkat pelbagai bentuk dan saiz. Malahan beliau turut mendapat tempahan Bakul Berkat daripada Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) untuk cenderamata sukan sekitar tahun 2006.

Hasil kerja tangan beliau telah mendapat perhatian dari Kerajaan Malaysia apabila menerima tempahan produk Bakul Berkat untuk dipamerkan sempena Promosi Kraf Malaysia di Gedung Membeli Belah Harrods, London pada tahun 2009.
Berikut merupakan produk-produk yang telah dihasilkan oleh beliau :
-Produk Prototaip untuk R&D Kraftangan Malaysia dari tahun 1986 – kini 2011.
-Cenderamata VIP Kraftangan Malaysia dan Kerajaan Negeri Melaka sekitar tahun 2005 – kini 2011.
-Pameran Produk di Gedung Membeli Belah Harrods, London 2009

Pasaran Khusus (Niche market)

Sesuai dengan strategi perniagaan Kraf Rotan Ishak, Encik Ishak Kassim telah menghasilkan produk mengikut segmen pasaran yang ingin diterokai samada untuk golongan biasa, pertengahan atau eksklusif. Susun atur bilik pameran dan jualan produk Kraf Rotan Ishak di bengkel pembuatan beliau disusun mengikut rekabentuk produk anyaman rotan untuk pelbagai variasi pelanggan yang datang.

Pada tahun 2009, karya seni beliau telah dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk dipasarkan di Gedung Membeli Belah Harrods, London.

Karya / reka cipta yang menjadi ikutan (menjadi trend-setter)

Reka corak yang digubah oleh Encik Ishak Kassim menggabungkan pelbagai motif tradisional dan geometri kontemporari khususnya tempahan Bakul Berkat serta pelbagai jenis bakul yang diterima pakai oleh permintaan pelanggan. Antaranya ialah bermotif Pucuk Rebung, Siku Keluang, Mata Punai, Tulang Belud, Sisik Ikan dan Teknik Jalinan Satu, Jalinan Dua, Jalinan Tiga, dan Teknik Kelarai.
Bentuk-bentuk yang digunakan ialah bentuk geometri iaitu Bulat, Bujur, Tiga Segi, Empat Segi, Heksagon, Oktagon serta bentuk D selain turut diaplikasikan bentuk bijirin, kekacang dan No 8.

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta

Encik Ishak Kassim turut meneroka penggunaan alatan moden dalam seni Kraf Anyaman Rotan. Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pasaran tempatan dan luar negara. Penggunaan alatan ini dapat mempercepatkan proses pembuatan, namun kualiti dan kehalusan kraf anyaman rotan masih terus dikekalkan. Selain itu, beliau turut menggabungkan bahan lain seperti bahan kayu, logam, seramik , batik dan mengkuang. Di samping itu kos pengeluaran juga dapat dikurangkan dan ia memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memiliki barangan kraf rotan.

Pengiktirafan ke atas kepakaran

Beliau telah menerima Anugerah Naib Johan dalam pertandingan bidang Kraf Rotan anjuran UNESCO (Asia Pasifik) yang berlansung di Kuala Lumpur dimana Malaysia selaku tuan rumah pada pertandingan tersebut yang diadakan pada 15 Mac hingga 21 mac 2003. Produk yang dihasilkan oleh beliau adalah Bakul Berkat Tiga Tingkat yang dihasilkan menggunakan Teknik Anyaman Ribu-Ribu.
Pada tahun 2007, Encik Ishak kassim telah memenangi pertandingan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dalam bidang anyaman kraf rotan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.

Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta

Hasil karya Encik berjaya menembusi pasaran dalam negara iaitu seluruh semenanjung Malaysia dan Sarawak serta pasaran luar negara iaitu Singapura dan London.
Karya beliau juga sering digunakan untuk cenderamata VIP untuk Jabatan kerajaan serta Kerajaan Negeri Melaka.

Pencapaian kerjaya
Bermula pada awal tahun 1986, Encik Ishak Kassim telah mengembangkan perniagaannya dengan menjadikan Kraf Rotan Ishak sebagai jenama kraf anyaman yang ternama di peringkat tempatan dan juga nasional.
Beliau juga mempunyai empat (4) orang pekerja yang berkemahiran tinggi.
Beliau juga mempunyai bengkel pembuatan, bilik pameran dan jualan di Bukit Piatu, Melaka.

Dokumentasi
Kraftangan Malaysia juga telah menerbitkan dokumentari berkaitan beliau yang bertajuk ’Anyaman Kraf Rotan’ yang diterbitkan pada tahun 2005. Dokumentari ini menerangkan ketelitian dan kehalusan anyaman beliau yang diwarisi oleh beliau serta penerokaan berkaitan dengan kehidupan dan pengalamannya sepanjang menceburi bidang seni kraf anyaman rotan.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan