Sumbangan Dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menurunkan Kemahiran

Md. Ghani Mat menurunkan kemahiran yang dimilikinya melalui latihan yang diberikan kepada pekerjanya. Beliau juga menurunkan kemahiran tersebut kepada dua (2) orang anak beliau iaitu Mohd Erri Azri dan Ahmad Adi Adli.

Beliau juga menyokong dan memberi galakan kepada salah seorang anaknya mengikuti pengajian di Institut Kraf Negara dalam jurusan batik bagi memastikan ada di kalangan keluarganya nanti menceburi bidang kraf.

Md. Ghani Mat turut menurunkan kemahiran yang dimiliki melalui kursus Latihan Jangka Pendek (Blok Batik) yang dilantik menjadi tenaga pengajar dan menyertai Skim Perantisan Kraf Warisan dari tahun 2006 anjuran Kraftangan Malaysia.

Beliau turut dilantik sebagai tenaga pengajar bagi pelatih praktikal Institut Kraf Negara dalam memberi pendedahan berkaitan industri kraf.

Beliau juga sering mengadakan sesi pembelajaran tidak formal kepada penduduk setempat yang ingin mempelajari seni pertukangan ini.

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu

Beliau juga pernah menyertai demonstrasi pembuatan kraf blok batik dalam program Piala Seri Endon pada tahun 2007 anjuran Yayasan Budi Penyayang.

Dilantik sebagai tenaga pengajar dan juru demo bagi program Pembagunan Usahawan anjuran Kraftangan Malaysia seperti Skim Perantisan Kraf Warisan dari tahun 2006.

Beliau sering mengikuti aktiviti promosi anjuran Kraftangan Malaysia. Antara aktiviti yang disertai beliau adalah seperti berikut:
- Hari Kraf Kebangsaan
- Promosi Kraf Tekstil
- Promosi Kraf Logam
- Promosi Kraf di peringkat negeri

Menjadi Pakar Rujuk

Md. Ghani Mat sering menjadi rujukan di kalangan tukang kraf blok batik dan pembatik setempat yang baru menceburi bidang kraf batik.

Beliau juga turut menjadi rujukan berkaitan blok batik dari pihak-pihak tertentu seperti dari Yayasan Budi Penyayang bagi menjayakan program Pertandingan Piala Seri Endon dan Kuala Lumpur International Batik (KLIB)

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan