Berkemahiran Dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan - Md. Ghani  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penghasilan Karya / Reka Cipta

Md. Ghani Mat mendapat Pendidikan tertinggi di Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan. Mempelajari kemahiran membuat blok batik dengan menghadiri kursus di Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau sering mengguna dan menggubah reka corak yang berunsurkan motif flora untuk disesuaikan mengikut kehendak dan cita rasa pelangan.

Tahap Penghasilan Karya / Reka Cipta

Eksklusif
Blok batik yang dihasilkan oleh Md. Ghani Mat pernah digunakan semasa pameran batik sempena Pertandingan Piala Seri Endon bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Pasaran Khusus (Niche Market)
Beliau juga menghasilkan blok batik yang dijual kepada pihak atau individu tertentu untuk tempahan khas seperti mendapat tempahan dari Yayasan Budi Penyayang.
Beliau juga turut menerima tempahan dari pihak Karyaneka bagi pemasaran di rangkaian kedai Karyaneka di seluruh negara.
Sehingga kini, beliau banyak menerima tempahan blok batik rekaan baru dari Kraftangan Malaysia bagi tujuan pembangunan rekaan batik blok.

Karya / Reka Cipta yang Menjadi Ikutan (Trend-Setter)
Blok batik yang dihasilkan oleh Md. Ghani Mat sentiasa menjadi ikutan atau contoh di kalangan tukang kraf blok batik disekitar negeri Kelantan khususnya. Produk beliau sentiasa dikagumi kerana kualiti dan kekemasan yang dihasilkan. Kini beliau merupakan salah seorang tukang kraf blok batik yang tersohor di kalangan pembatik di negeri Kalantan.

Inovasi dalam Menghasilkan Karya atau Reka Cipta

Md. Ghani Mat turut menggunakan alatan moden dalam proses membuat blok batik sama ada yang hendak dijual atau tempahan khas kerana alatan ini dapat mempertingkatkan lagi proses kerja di samping menjaga kualiti produk. Pada masa yang sama juga beliau menggunakan kaedah tradisional di dalam pembuatan blok batik ini. Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan memberi bantuan berupa mesin belt sander untuk mempertingkatkan lagi kualiti blok batik yang dihasilkan oleh beliau.

Pengiktirafan dan Pencapaian

Pengiktirafan ke atas Kepakaran
Beliau tidak pernah mendapat pengiktirafan dari mana-mana pihak sepanjang 32 tahun menceburi bidang pertukangan kraf blok batik.

Pencapaian Kerjaya
Sepanjang menceburkan diri dalam perusahaan pertukangan kraf blok batik, Md. Ghani Mat telah berjaya menubuhkan sebuah bengkel dengan lima (5) orang tenaga kerja hasil bantuan dari Kraftangan Malaysia.

Dokumentari
Produk yang dihasilkan oleh Md. Ghani Mat sering mendapat liputan daripada media massa (cetak dan elektronik) antaranya ruang INFO Berita Harian pada 9 Mei 2008.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan