Komitmen yang Tinggi Dalam Memartabatkan Seni Kraf Warisan Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menambah Ilmu dan Mempertingkatkan Kemahiran

Beliau merupakan seorang yang berusaha menambah ilmu dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan blok batik ciptaannya serta keusahawanan dengan mengikuti program yang diadakan oleh pihak tertentu. Selain daripada itu beliau selalu membuat rujukan ke atas setiap bahan bacaan yang diperolehi terutamanya berkaitan blok batik bagi mendapat ilham mereka corak baru dan terkini.

Nilai Falsafah dan Identiti dalam Memartabatkan Kraf Warisan

Faktor mendorong beliau supaya terus berada dalam industri seni kraf blok batik ini ialah beliau mahu memastikan seni pertukangan tradisional ini menjadi salah satu seni yang dikenali dan dihargai di kalangan masyarakat khususnya masyarakat melayu.

Penyertaan dan Kegiatan dalam Masyarakat Setempat

Md. Ghani Mat bergiat aktif dalam setiap aktiviti kemasyarakat yang dianjurkan penduduk setempat seperti aktiviti rewang untuk majlis-majlis tertentu.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan