Sejarah Kraf Besi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seni pertukangan besi berbeza daripada pertukangan tembaga dan lain-lain logam. Barang yang diperbuat daripada besi lebih merupakan alat-alat senjata dan alat-alat yang digunakan oleh manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Antara alat-alat senjata yang dihasilkan termasuklah keris, parang, pisau, cangkul, lembing dan sebagainya. Setiap pandai besi mempunyai kebolehan dan kepakaran tersendiri bagi mengikut kehendak penempa.

Mengikut kenyataan Winstedt, pertukangan besi bukanlah suatu yang asing di kalangan masyarakat Melayu kerana mereka telah menggunakannya sejak berabad lamanya. Dari segi sejarah pula, keris merupakan salah satu produk pertukangan Melayu sejati yang berasal dari rantau ini.

Oleh yang demikian, keris merupakan senjata utama yang dibuat oleh pandai besi. Kemasyhuran keris juga lebih menonjol di kalangan masyarakat Melayu berbanding sejata lain. Nilai estetika, imaginasi dan kepercayaan kebatinan terkandung dalam seni pembuatan keris.

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, April 25, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan