Pengalaman, Penglibatan dan Sumbangan Puan Bangi dalam Bidang Kraf Tenunan Pua  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang seni Tenunan Pua, pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta disertainya tanpa sebarang alasan dengan niat untuk memperkenalkan Tenunan Pua di persada antarabangsa.

Mempromosi Tenunan Pua di dalam dan luar negara.

Menyertai demonstrasi Tenunan Pua di Pameran Pua Kumbu di Ethnographis Museum, Sweden pada tahun 1999.

Menyertai pameran dan demonstrasi di Paris, Bangkok, Manila dan Singapura.

Kepakaran dan kemahirannya dalam menenun serta mereka corak tenun pua telah menarik perhatian masyarakat setempat, masyarakat luar dan pelancong luar untuk memiliki hasil kerja tangannya.

Pada tahun 2000, beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Tenun Pua oleh Kraftangan Malaysia.

Pada tahun 1998, beliau telah menyertai :

  • Pertandingan Penggunaan Warna Asli Dalam Tenun Ikat (Pua) anjuran UNESCO di Bangkok dan menangi hadiah pertama .
  • Pertandingan Pua Kumbu anjuran Yayasan Tun Jugah.
  • Pertandingan Kraftangan Peringkat Negeri Sarawak anjuran Sarawak Craft Council.

Pada tahun 1990 beliau juga menyertai pertandingan WICITRA anjuran Kraftangan Malaysia.

Sumbangan

Bagi memastikan seni warisan ini di warisi oleh generasi seterusnya beliau telah memberi tunjuk ajar kepada anak-anak tempatan melalui bengkel, kursus dan kelas bimbingan yang diadakannya.

Menjadi jurutunjuk :

  • Kelas Tenunan Pua anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) dan Sarakup Dayak Iban Association (SADIA) Pampang (1994-1995)
  • Pelatih Kraftangan Malaysia.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan