Kreativiti Dan Inovasi Puan Bangie  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Mempunyai daya kreativiti dalam teknik tenunan, reka corak atau motif dan kekemasan pada setiap kain pua yang beliau hasilkan. Beliau berkemahiran mencipta reka corak serta motif yang indah dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri. Antara motif tenunan pua yang dihasilkan seperti bunga rang jugah, bunga buah sepuyong dan bunga bali malikut.

Beliau juga berupaya menterjemahkan rekaan pelanggan melalui tenunan pua. Di samping motif-motif tradisional, beliau turut mereka motif-motif kontemporari yang dapat memenuhi cita rasa pelanggan yang terdiri daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Kebiasaannya beliau menggunakan benang kapas dalam Tenunan Pua. Kini beliau turut menggunakan benang sutera bagi memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran.

Selain daripada itu, beliau turut menggunakan pewarnaan semula jadi dalam kerja-kerja menenun. Namun demikian beliau lebih banyak menggunakan warna sintetik yang mudah didapati.

Beliau menghasilkan kain Pua Kumbu untuk pakaian atau dijadikan hiasan dalaman.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan