Pembabitan Aminah dalam Kraf Anyaman Rombong  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Hajah Aminah Amat, melibatkan diri dalam bidang pembuatan kraf rombong bermula p-ada usia 12 tahun. Ilmu membuat barangan kraf ini diperoleh daripada ibunya. Pada mulanya beliau hanya memasarkan barangan rombong melalui orang tengah berbangsa cina.

Lama-kelamaan Puan Hajah Aminah membuat pasaran sendiri, melalui perbadanan kemajuan kraf tangan Malaysia. Barangan rombong juga mula dipelbagaikan. Bermula dari barangan mengisi pakaian, beliau mereka cipta membuat bunga telur, tempat simpan barangan kemas dan sebagainya.

Sebagai memenuhi kehendak beliau, supaya hasil kraf tidak lupus, beliau mengajar penduduk-penduduk setempat membuat anyaman rombong tanpa mengambil sebarang yuran. Sehingga hari ini beliau berjaya melahirkan beberapa orang yang mahir membuat barangan anyaman rombong. Selain daripada mengajar orang perseorangan, Puan Hajah Aminah juga mengajar pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Melaka.

Dahulunya beliau hanya menghasilkan 4 hingga 10 biji rombong seminggu dan kini beliau mampu menghasilkan 10 biji sehari kerana beliau telah berjaya menghasilkan teknik pemprosesan bahan mentah dan menganyam yang lebih mudah.

Pendapatan yang hanya RM80.00 hingga RM100.00 sebulan berjaya ditingkatkan kepada RM80.00 hingga RM100.00 dalam masa dua hari.

Kejayaan beliau mendidik penduduk tempatan dan juga penghasilan teknik, serta peningkatan keluaran barangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai Adiguru Kraf pada tahun 1988.

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 24, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan