Dahulu, semasa amalan penggunaan beg sebelum diperkenalkan, masyarakat menggunakan Rombong sebagai bekas untuk menyimpan pakaian dan barangan. Ada 2 jenis rombong iaitu saiz besar yang diperbuat daripada daun pandan mengkuang dan saiz kecil yang lebih seni buatannya daripada daun pandan.
Menurut riwayat sejarah seni kraf anyaman rombong ini bermula dari kisah seorang sakai yang marahkan ibu bapanya lalu dari membawa diri ke atas pokok kelapa. Sambil melayan hati yang rajuk, beliau menganyam rombong daun-daun kelapa. Benda yang dianyam itu kemudiannya dipungut oleh orang Melayu lalu dijadikan contoh “Anyaman Gila”.
Seni kraf anyaman rombong diusahakan dengan giatnya oleh kaum wanita sahaja di Tanjung Keling Melaka.
Artikel ini telah ditulis pada
hari Rabu
, Rabu, April 25, 2012
di bawah kategori
Aminah Binti Amat
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan