Kepimpinan dan Ketokohan Wan Mustapha  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Wan Mustapha Wan Su merupakan salah seorang pengukir kayu yang terkenal bukan sahaja di Terengganu malah juga di seluruh negara.  Mewarisi kemahiran mengukir daripada ayah beliau, Wan Su Wan Othman antara pengukir tersohor tanah air yang pernah menerima Anugerah Seni Negara.

Beliau juga telah berjaya membuka galeri ukiran kayu yang dikenali sebagai Balai Seni Wanpo.  Di sini beliau menyiapkan tempahan yang diterima dengan dibantu oleh 30 orang pengukir mahir dan separuh mahir.  Balai seni ini memberi peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan yang berminat dalam bidang ukiran.

Wan Mustapha turut memberi latihan dan bimbingan  kepada pengukir muda yang berminat mendalami seni ukiran tradisional.

Oleh kerana kemahiran dan kepakaran beliau dalam  bidang ukiran kayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka telah melantik beliau sebagai  salah seorang daripada panel pengkaji istilah bahasa bagi bidang ukiran.

Beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang ukiran kepada individu, pelajar, agensi kerajaan dan juga swasta. 

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 24, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan