Daya Kreativiti dan Inovasi Wan Mustafa  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Bagi memastikan setiap ukiran yang dihasilkan mempunyai identiti tersendiri, Wan Mustapha memastikan setiap pengukir yang bekerja dengan beliau tidak pernah bekerja dengan mana-mana tukang ukir.

Bagi Wan Mustapha nilai dan kualiti hasil kerja terletak pada kesempurnaan sesebuah ukiran. Beliau sendiri yang akan memastikan kualiti pada setiap produk ukiran mencapai tahap yang memuaskan sebelum diserahkan kepada pelanggan.  Seringkali beliau menghalusi dan memperbaiki produk-produk ukiran yang diukir oleh pekerjanya.

Sekeliling rumah dan balai seni Wan Mustapha dirimbuni dengan pohon dan bunga-bunga yang menjadi inspirasi dalam setiap karya seni ukiran beliau.

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 24, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan