Maklumat Adiguru Salleh Mohd  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kepimpinan dan Ketokohan 

Pernah mendapat pendidikan formal sehingga sekolah menengah.


Minat yang mendalam dalam perusahaan kraf tembaga membuatkan beliau menghabiskan masa di bengkel bapanya dalam mempelajari seni pertukangan kraf tradisional ini. Hasil didikan dan kemahiran yang diperturunkan, En. Salleh diantara tukang kraf tembaga yang mahir dalam bidang seni pertukangan kraf tembaga di negeri Terengganu.

Kemahiran pertukangan ini diwarisi sejak zaman remaja lagi. Minat mendalam menyebabkan calon mudah menerima segala yang dipelajari.

Beliau mengambil inisiatif memajukan kegiatan pertukangan perak dengan mengambil 6 pekerja yang berkemahiran tinggi.

Daya Kreativiti dan Inovasi

Beliau memilih dan menggubah reka corak berunsurkan motif flora kemudian disesuaikan dengan bentuk prodak kraf yang dihasilkan mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.

Karya seni beliau yang sering mendapat tempahan:
  • Sarang Bauru
  • Kebak Laksa
  • Kuali Tembaga
  • Par / Dulang Hantaran
Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian

Beliau turut membantu mempromosikan barangan kraf perak dengan menyertai beberapa siri pameran dan jualan di dalam negara:
  • 2007 – Promosi Kraf Malaysia di PWTC
  • 2006 – Promosi Kraf Malaysia di Kota Kinabalu
  • 2006 – Promosi Kraf Malaysia di Kompleks Kraf KL
Kegiatan beliau turut mendapat liputan daripada media masa tempatan:
  • RTM (Televisyen – INFO SENI)
  • TV3 – MAJALAH 3
  • Akhbar Metro – Perusahaam Tembaga (2006)

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 24, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan