Kepimpinan dan Ketokohan Abdullah Muda  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Persekitaran rumah yang berhampiran dengan sungai dan laut menimbulkan minat dan penglibatan di dalam aktiviti air.

Sejak remaja iaitu selepas tamat persekolahan, Haji Abdullah telah terlibat secara langsung membuat bot bermula dengan kerja sebagai pembantu. Dorongan keluarga sendiri, mertua dan rakan memberi semangat untuk menceburi bidang ini sepenuh masa.

Kebiasannya Haji Abdullah membuat bot jenis Payang dan Kolek yang merupakan bot yang banyak menerima tempahan khususnya untuk kegunaan nelayan dan pengangkutan air. Selain itu ada juga bot jenis Sekuci, Bedar dan Gelibat. Perbezaan jenis bot adalah berdasarkan bentuk dan kegunaannya.

Kualiti hasil kerja pada masa dahulu dengan sekarang tidak banyak beza kerana bahan yang digunakan adalah kayu yang terbaik dan secara tradisional. Bot yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 50 tahun. Bezanya, dahulu bot dipasang dengan “lunas” yang kecil kerana tidak menggunakan enjin manakala bot masa kini dipasang “lunas” yang besar supaya kukuh walaupun ada gegeran enjin bot.

Haji Abdullah tiada halangan memberikan ilmu dan pengalamannya kepada masyarakat tempatan mahupun institutsi pengajian. Selain pekerja beliau yang dilatih sehingga cekap, terdapat juga pelatih yang dibiayai oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri Terengganu untuk menimba ilmu pengetahuan membuat bot. Semua proses kerja dan latihan dijalankan di bengkel beliau di Pulau Duyung. Hanya seorang daripada enam anak beliau iaitu Encik Khairul Azuar yang mewarisi kemahiran kraf ini.

Bengkel khas berhampiran rumah beliau menjadi tempat membuat bot. Kedudukannya yang terletak di tepi sungai sangat sesuai untuk melancarkan bot ke air setelah siap. Ruang yang besar dan berbumbung boleh menempatkan empat buah bot pada satu-satu masa dan agak selesa tanpa tergendala apabila musim hujan.

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 24, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan