Sejarah membuktikan bahawa semenjak 500 tahun yang lalu, orang-orang Melayu telah memberi perhatian istimewa terhadap seni ukiran halus. Seni ukiran halus yang dihasilkan ini bukan sahaja dikenali oleh masyarakat tempatan malah turut mendapat tempat di hati para pelancong asing.
Dr. Othman Bin Yatim Kurator Kesenian Timur dan Islam, Muzium Negara berpendapat :
“Seni ukiran kayu dan kemahiran Melayu dalam bidang ini telah wujud, sekurang-kurangnya sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Seni ini melambangkan ketinggian daya kreativiti dan kehalusan cita rasa masyarakat penciptanya. Walaupun seni tradisi ini terpaksa menghadapi cabaran hasil dari pertembungan budaya tradisi dan budaya luar.”
Pertembungan sosio budaya agama Hindu dan Budha telah meninggalkan kesan terhadap seni ukiran Melayu. Ia turut mempengaruhi seni ukiran halus. Kombinasi dari lambang dewa-dewa seperti kala dan kuasa tumbuh-tumbuhan, dipersembahkan dalam bentuk yang menarik.
Bentuk dan jenis ukiran halus ini telah dipelbagaikan dari semasa ke semasa bertepatan dengan cita rasa penggemarnya. Bagi seseorang pengukir, tempoh penyiapan sesebuah barangan adalah bergantung kepada bentuk dan jenis yang hendak dihasilkan. Ia tidak boleh dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah. Malah ia memerlukan tumpuan dan penelitian serta kesungguhan bagi menghasilkan bentuk-bentuk dan jenis yang bermutu. Di antara jenis-jenis ukiran halus yang dihasilkan termasuklah :
§ Ukiran keris dan sampir keris
§ Ulu pisau
§ Ulu parang dan sarung parang
§ Ulu pedang dan sarung pedang
§ Kotak cenderamata
§ Rehal
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tertentu yang boleh menarik minat para penggemar seni ukiran halus. Hasil ciptaan tersebut ternyata berfungsi dan boleh disesuaikan dengan keadaan tertentu.

Artikel ini telah ditulis pada
hari Rabu
, Rabu, April 25, 2012
di bawah kategori
Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan