Latar Belakang Kraf Perak Di Kelantan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seni pertukangan perak adalah satu daripada cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam oleh orang-orang Melayu dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun hindu dan islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga.

Barangan perak yang dihasilkan terbahagi kepada tiga iaitu:
  1. Barang-barang kasar (serbaguna) seperti barang-barang dapur (pinggan mangkuk, teko dan sebagainya)
  2. Barang-barang filigree seperti aksesori wanita dan cenderahati
  3. Barang-barang perhiasan ikatan permata
Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hias pada hasil karyanya itu, malahan pada penciptaan satu-satu motif yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imaginasi pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif bunga-bungaan terdapat dalam pertukangan perak filigree seperti bunga matahari, bunga cempaka, bunga orkid, bunga mawar dan lain-lain motif moden dalam reka coraknya.

Rekaan motif pada barangan perak filigree bukan sekadar hiasan sahaja tetapi juga manifestasi falsafah budaya Melayu melalui hasil ciptaan yang penuh simbolik.


Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, April 25, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan