Adiguru Labu Sayong Zamari Pandak Ahmad  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Seorang tokoh dalam penghasilan labu Sayong yang disegani ramai ialah Encik Zamari Pandak Ahmad dari kampung Kepala bendang di daerah Kuala Kangsar, Perak. Beliau dilahirkan pada 16 November 1942 dan memperolehi kemahiran membuat labu Sayong pada umur 15 tahun dan mewarisi kemahiran daripada keluarganya. Zamari sentiasa mengasah kreativiti dengan menghasilkan reka bentuk dan reka corak mengikut kehendak semasa. Namun begitu, beliau masih membentuk labu sayong menggunakan tangan. 

kemahiran beliau mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara antaranya anugerah "Seal of Excellence" oleh UNESCO AHPADA 2002. Pada tahun yang sama juga beliau dijemput oleh kerajaan Jepun untuk mengadakan demonstrasi pembuatan labu Sayong di Nagoya, Jepun dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara. Pada tahun 2007 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF LABU SAYONG.

*Encik Zamari Pandak Ahmad telah meninggal dunia pada 26 Mei 2009

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

2 ulasan

tak banyak

Ahad, Februari 16, 2020

vc c

Khamis, Februari 04, 2021

Catat Ulasan

Catat Ulasan