Adiguru Tembikar Tembeling  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Noriah yang berkemahiran menghasilkan tembikar Tembeling dilahirkan pada 19 Oktober 1934 di Kg Pasir Durian. Beliau telah mewarisi kemahiran pembuatan tembikar ini daripada ibu mertuanya, Puan Sepian Mat Amin. 

Puan Noriah sering menerima jemputan untuk mengadakan demonstrasi pembuatan tembikar. Beliau memberikan komitmen sepenuhnya kepada bidang pembuatan tembikar ini kerana minat dan kecintaannya yang mendalam. Beliau terus gigih mengusahakan kemahiran warisan ini. Tempahan yang diterima disiapkan seperti mana yang diperlukan oleh pelanggannya. Sokongan dan kerjasama dari beberapa agensi serta individu menguatkan lagi semangat Puan Noriah untuk terus memulih dan memelihara seni tembikar tradisional negeri Pahang ini.

Pada tahun 2006 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF TEMBELING.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 05, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan