Adiguru Kraf Wau  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Shafie bin Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang dan berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. Ibu bapanya turut memberi dorongan terhadap minat beliau.

Ketika awal penglibatannya, belum ada lagi anak Kota Bharu yang mengusahakan pembuatan wau secara serius. Pada masa itu beliau hanya bertanding sambil bermain wau di Stadium Kota Bharu serta Kompleks Kota Bharu. Beliau mula menerima tempahan dari pelancong luar negara apabila dua orang pelancong menyaksikan bakatnya memainkan wau di stadium ketika berusia 22 tahun. Berminat dengan keunikan permainan tersebut, kedua-dua pelancong tersebut menempah wau dari beliau. Ketika berusia 30 tahun, beliau mula menerima tempahan secara eksklusif dari syarikat-syarikat besar serta jabatan kerajaan. Satu keistimewaan beliau ialah sikapnya yang amat merendah diri meskipun namanya masyhur di kalangan penggiat seni wau.

Beliau yang sangat mahir membuat wau perhiasan dan wau naik untuk pertandingan telah banyak memenangi pertandingan wau di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Antara pertandingan yang pernah disertainya ialah pertandingan wau peringkat antarabangsa ialah Pasir Gudang Kite Festival International Guests anjuran Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang dan peringkat negeri seperti Johan Wau Cantik dan Johan Wau Naik peringkat negeri Johor serta pertandingan-pertandingan anjuran Majlis Pelancongan Negeri Kelantan. Selain pertandingan, beliau juga ada menerima jemputan untuk membuat demonstrasi oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan aktiviti kebudayaan anjuran kerajaan negeri.

Selain itu, pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pernah membawa beliau untuk membuat demonstrasi di luar negara seperti Australia, German, Maldives, Melbourne dan Jepun. Kemahiran beliau turut mendapat liputan meluas dari media cetak dan media elektronik tempatan. Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Wau pada tahun 2006.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

3 ulasan

;

]]

Sabtu, Januari 12, 2019

Boleh bagi huraian untuk tokoh seni ragam hias wau tak

Sabtu, Februari 13, 2021

hmm manarik

Khamis, Mac 31, 2022

Catat Ulasan

Catat Ulasan