Adiguru Kraf Tembaga  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Salleh bin Mohd merupakan tokoh kraf yang terlibat dalam kraf pertukangan tembaga. Beliau mendapat pendidikan formal sehingga sekolah menengah. Minat yang mendalam dalam perusahaan kraf tembaga membuatkan beliau menghabiskan masa di bengkel bapanya dalam mempelajari seni pertukangan kraf tradisional ini. Hasil didikan dan kemahiran yang diperturunkan oleh arwah bapanya (Mohd bin Yusof), Salleh kini dikenali antara tukang kraf tembaga yang mahir dalam bidang seni pertukangan kraf tembaga di negeri Terengganu.

Dalam penghasilan produk kraf tembaga, beliau memilih dan menggubah reka corak berunsurkan motif flora kemudian disesuaikan dengan bentuk produk kraf yang dihasilkan mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan. Antara karya seni beliau yang sering mendapat tempahan adalah seperti sarang atau acuan bahulu, kebak laksa, kuali tembaga dan pahar atau dulang hantaran.

Sepanjang pengalaman beliau dalam penghasilan kraf tembaga, beliau banyak membantu mempromosikan barangan kraf tembaga dengan menyertai beberapa siri pameran dan jualan di dalam negara seperti Promosi Kraf Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tahun 2007, Promosi Kraf Malaysia di Kota Kinabalu pada tahun 2006 dan Promosi Kraf Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada tahun 2006. Bagi menghargai sumbangan dan kepakaran beliau, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Pertukangan Tembaga pada tahun 2008.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan