Adiguru Kraf Ukiran Halus  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tengku Ibrahim dilahirkan pada tahun 1929 di Kota Bharu, Kelantan dan menetap di Kampung Gong Kemuntong, Besut Terengganu. Mula mengukir seawal usia remaja dan mempelajari kemahiran ini dari bapanya. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Ku adalah di antara tokoh yang tersohor kepakarannya dalam seni ukiran halus senjata tradisional khususnya kepala keris.

Setiap ukiran yang dihasilkan dihiasi dengan motif dan reka corak yang diilhamkan terutamanya dari tumbuh-tumbuhan, awan larat dan bentuk-bentuk geometri. Ayah Ku menyimpul pelbagai falsafah dan firasat dalam setiap reka corak yang dihasilkan. Di samping itu juga beliau mempunyai kemahiran mereka cipta peralatan mengukir seperti pahat, set penebuk lubang, semawar serta mesin menajamkan pahat.

Tengku Ibrahim insan seni yang mempunyai personaliti yang baik dan berwibawa tinggi. Ilmu kemahiran yang diperolehi diperturunkan kepada anak-anak muda yang ingin mendalami bidang ukiran. Bagi mengembang dan mempertingkatkan lagi kesinambungan seni ukiran halus, beliau telah berusaha mengajar masyarakat setempat dan pelatih-pelatih agensi kerajaan. Hasil ukiran beliau pernah dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong Kesembilan Tuanku Sultan Azlan Muhibuddin Shah serta mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Ukiran Halus pada tahun 1995 dan diiktiraf sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 1998. Beliau meninggal dunia pada tahun 2000.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan