Adiguru Kraf Tenunan Songket  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Nama Nik Zainab Nik Mohamed amat sinonim dengan tenunan songket. Keluarganya merupakan pewaris kemahiran menenun songket yang tersohor namanya di Kelantan. Dilahirkan di Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1927. Beliau pernah dihantar ke sekolah sehingga tamat darjah 5. Setelah tamat persekolaham Nik Zainab terus belajar menenun dan mendapat dorongan sepenuhnya daripada keluarga. Pada usia 15 tahun beliau telah mahir menenun songket dan telah diberi kepercayaan menyiapkan tempahan yang diterima.

Beliau memaju dan mengembangkan perusahaan songket milik keluarga dengan membuka kilang tenunan songket di Kelantan dan mempunyai 40 orang pekerja sepenuh masa. Perniagaan songket Nik Zainab terus berkembang dan beliau telah membuka cawangan (butik) perniagaan songket di Kuala Lumpur. Dalam diri Hajah Nik Zainab tersemat hasrat menjadi penenun dan usahawan songket yang berjaya. Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah berani menjadi perintis kepada penggunaan teknologi moden dalam proses menenun songket. Bagi meningkatkan lagi mutu songket, beliau mempelajari teknik baru terutama dari India dan Thailand yang memang terkenal dengan keluaran songketnya. Pengalaman ini digubah dan disuaipadankan dengan kehendak pasaran tempatan dan terhasillah songket yang cantik serta bermutu tinggi.

Pada tahun 1995 beliau membuat demonstrasi menenun songket di International Tourism Fair di Berlin. Komitmen dan usaha yang berterusan ini telah menaikkan nama beliau sebagai pengusaha songket yang berjaya. Bagi menghargai sumbangannya pada tahun 1993 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Tenunan Songket.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan