Adiguru Kraf Pasu Iban  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Andah a/k Lembang dilahirkan pada 11 Mei 1948 di Nangga Sumpa, Batang Ai Sarawak. Beliau mewarisi kemahiran warisan keluarga berdasarkan minat yang tinggi pada dirinya. Mula mempelajari bidang Pasu Iban pada usia 15 tahun dari ibunya Chandi a/k Lupuh.

Tidak hanya terhad belajar corak-corak mudah yang pernah dihasilkan oleh ibunya, namun beliau turut berkebolehan menghasilkan rekaan berdasarkan permintaan. Antara reka corak motif yang telah dihasilkannya ialah Bunga Segi Empat, Bunga Terung, Bunga Kelawar, Bunga Jaring (Bunga Jala), Bunga Bunut, Bunga Mata dan Bunga Perut Morek (Anak Katak).

Bagi memastikan kesinambungan kemahiran ini, beliau gigih memberi tunjuk ajar kepada generasi muda tidak terhad kepada penghuni Rumah Panjang Nanga Sumpa yang didudukinya malah kepada pihak yang berminat seperti Muzium Negeri Sarawak, UNIMAS dan pelatih-pelatih Kraftangan Malaysia. Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Pasu Iban pada tahun 2006 bagi menghargai usaha dan sumbangannya.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan