Industri batik di negara ini dipercayai bermula dengan penghasilan teknik terap atau cetak. Awalnya bungkah-bungkah kayu digunakan dalam pembuatan batik terap. Motif-motif ringkas seperti bunga-bunga atau daun-daun diukir di atas bungkah kayu lembut. Bungkah ini dikenali sebagai sarang bunga atau blok dicelup ke dalam bahan pewarna dan kemudian diterap di atas kain putih.
Di antara tukang pembuat blok batik yang ternama adalah Ibrahim Mohamad yang menetap di Kampung Padang, Terengganu. Hubungan akrab dengan alam sekeliling menjadi inspirasi pada setiap ukiran blok batik yang beliau hasilkan. Beliau melakar reka corak yang diilhamkan dan kemudian mengukir penuh teliti di atas kayu lembut terpilih. Setiap blok batik rekaan Ibrahim menampilkan reka corak motif yang cantik dan disenangi oleh pembuat-pembuat batik. Selain daripada kreativiti, kesungguhan dan ketabahan merupakan faktor kejayaan Ibrahim sebagai pengukir blok batik.
Penggunaan kepingan logam seperti tembaga mula menggantikan blok kayu. Reka corak yang lebih halus dan daya tahan yang lebih lama menyebabkan permintaan ke atas blok kayu semakin berkurangan. Ibrahim tidak ketinggalan mengaplikasikan kemahiran yang beliau miliki ke atas kepingan logam yang lebih mudah dan halus hasilnya. Sungguhpun demikian, semasa hayatnya beliau terus membuat blok batik kayu sebagai usaha mengekal dan menyanjungi kemahiran kraf warisan. Bagi menghargai kesungguhannya menghidupkan seni warisan ini, pada tahun 1994 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Blok Batik. Namun begitu beliau telah meninggal dunia pada 2 Januari 2003.
Artikel ini telah ditulis pada
hari Isnin
, Isnin, April 23, 2012
di bawah kategori
Ibrahim Bin Mohamad
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan