Sumbangan dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menurunkan Kemahiran

Kecintaan beliau dalam bidang pembuatan anyaman tikar bergerang ini telah mendorong beliau untuk memberi latihan, mengajar atau mewariskan kemahiran dan kepakaran kepada rakan-rakan serta kepada penduduk tempatan yang berminat.

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu

Kejayaan demi kejayaan mula beliau kecapi. Beliau sering dan kerap dijemput untuk membuat demonstrasi oleh pelbagai pihak termasuk KRAFTANGAAN MALAYSIA bagi mengenegahkan pembuatan anyaman tikar bergerang ini di seluruh Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Menjadi pakar rujuk 

Bersandarkan kepada kemahiran dan kepakaran beliau, menjadikan Puan Ngot binti Bi sebagai sumber rujukan dalam pembuatan anyaman tikar bergerang ini oleh pihak-pihak tertentu.

Selain itu, beliau sering dijemput menjadi juru tunjuk serta tenaga pengajar anyaman tikar bergerang masa kini. 

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 04, 2014 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan