Berkemahiran dan Pakar dalam Bidang Kraf Warisan - Puan Ngot Binti Bi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Ngot binti Bi merupakan seorang usahawan dalam seni pembuatan kraf warisan Sarawak ‘Anyaman Pandan Tikar Bergerang’. Anyaman Tikar Pandan Bergerang merupakan hasil kraf tangan tekstil Melayu Sarawak yang menjadi kebanggaan sejak dahulu hingga sekarang. Keunikan ciptaan ini tergambar pada kreativiti, kehalusan dan kesungguhan penganyam yang begitu peka kepada alam semulajadi dan pengaruh kebudayaan.

Anyaman pandan bergerang adalah dipercayai anyaman tikar yang diwarisi oleh masyarakat Melayu Sarawak. Anyaman ini merupakan anyaman tikar berlapis yang mana agak luar biasa tekniknya. Ianya dihiasi dengan petak-petak yang melambangkan motif-motif tertentu mengikut kepercayaan dan amalan pengusaha kraf dahulu. Teknik pembuatan anyaman akan pupus sekiranya tidak ada usaha untuk memperkenalkannya kepada genarasi baru.

Ketekunan dan keyakinan beliau di dalam menghasilkan anyaman pandan tikar bergerang yang bermutu serta kemas dengan motif-motif alam semulajadi menjadikan pembuatan tikar bergerang beliau diminati oleh pelbagai pihak.

Kemahiran beliau dalam pembuatan ‘tikar bergerang’ ini telah menarik minat orang ramai ingin memilikinya dan beliau turut menerima tempahan dari pencinta seni dari dalam dan luar negeri Sarawak.

‘Tikar Bergerang’ yang mempunyaicorak alam floratelahdibuat dan menarik minat orang-orang tertentu. Biasanya tempahan dibuat khusus untuk simpanan dan digunakan untuk hamparan untuk tetamu yang dating mengunjungi rumah beliau. Puan Ngot binti Bi juga ada menerima tempahan daripada orang kampung serta orang-orang kenamaan.

Seperti yang dinyatakan oleh Puan Ngot binti Bi pada masa dahulu anyaman tikar pandan bergerang ini dikhusus pembuatannya untuk kegunaan seperti di bawah ;

  •  Tikar sembahyang
  •  Alas menyambut kelahiran anak sulong
  •  Alas di dalam keranda orang yang telah meninggal dunia
  •  Alas untuk hamparan duduk pengantin lelaki semasa upacara akad-nikah
  •  Untuk hamparan di hadapan majlis tertentu

Karya / rekacipta yang menjadi ikutan (menjadi trend-setter)

Beliau telah menghasilkan penjenamaan sendiri dengan membuat ragam hias tersendiri di mana penggunaan motif jambatan digunakan pada keseluruhan tikar yang dianyam.

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta

Motif dan rekaan pada pembuatan anyaman tikar bergerang ini amat terhad namun hasil daripada kemahiran yang diperolehi akan terus diolah dengan pembuatan tikar-tikar yang bersaiz panjang dan lebar dengan menampakkan petak-petak yang telus.

Apa yang uniknya tikar tersebut boleh digunakan dikedua-dua belah permukaan.

Pengiktirafan keatas kepakaran tokoh

Di atas usaha dan keunikikan tikar bergerang, Puan Ngot binti Bi pernah menerima anugerah ‘Seal Of Excelent’ dari UNESCO.

Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta tokoh

Puan Ngot Binti Bisentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu pembuatan tikar bergerang beliau bersama rakan-rakan dari semasa ke semasa. Sebagai strategi pemasaran Puan Ngot telah menganyam tikar dengan keseluruhan tikar menggunakan satu motif sahaja seperti motif ‘buah mempelam’.

Dokumentasi

Kemahiran yang dimiliki beliau tidak hanya mendapat perhatian penduduk setempat malahan turut menarik minat media bagi tujuan publisiti berkaitan seni dan budaya. Kehebatan beliau di dalam pembuatan anyaman tikar bergerangtelah didokumentasikan oleh RTM di dalam slot ‘Orang Kita’.. Cerita dan artikel berkaitan beliau sering dan turut dimuatkan dalam Berita harian, Utusan Sarawak, Utusan Malaysia dan media-media tempatan Sarawak.

Selain itu, bengkel beliau turut dikunjungi oleh pelbagai pihak terdiri daripada pelajar universiti, sekolah, pelancung dalam negeri dan peminat seni untuk mendapatkan maklumat cara dan bagaimana anyaman tikar bergerang dibuat.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 04, 2014 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan