Sumbangan Dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menurunkan Kemahiran

Beliau telah meunurunkan egala ilmu dan kemahiran yang ada kepada anak lelakinya iaitu Encik Azlan yang kini turut bergiat aktif dalam meneruskan perusahaan bot dan perahu miliknya.

Selain itu, beliau turut mencuruhkan ilmunya kepada para peserta Latihan Asas Pembuatan Bot seramai 15 orang yang diadakan dibengkel beliau pada tahun 2007 hingga 2009 anjuran Kraftangan Malaysia.

Menjadi Pakar Rujuk
Kemahiran dan pengalaman yang beliau memiliki turut menjadi rujukan pelbagai pihak. Sebagai contoh, pihak KETENGAH pernah melantik beliau sebagai ahli panel bagi mepenyediaan Modul Pembuatan Bot Layar pada tahun 2009.

Selain itu, pelajar-palajar daripada Institusi Pengajian Tinggi dan Swasta juga sering menemuramah beliau bagi mendapatkan maklumat berkaitan bot-bot tradisional Melayu terutamanya di Pulau Duyong.

Komitmen yang tinggi dalam memartabatkan Seni Kraf Warisan Negara

Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran
Walaupun faktor usia yang semakin lanjut, semangat dan kecintaa beliau terhadap kraf pembuatan bot tidak pernah luntur. Sekiranya ditawarkan kursus, latihan dan seminar yang berkaitan beliau akan masih berminat untuk turut serta sama ada sebagai peserta mahupun ahli panel. Antara kursus-kursus yang pernah dihadirinya adalah melibatkan anjuran Kraftangan Malaysia dan agensi kerajaan seperti MTIB.

Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan
Setiap hasil karya yang dihasilkan adalah sentiasa berpaksikan nilai-nilai tradisional melayu dan disulami dengan aspek-aspek moden dan kontemporari.

Artikel ini telah ditulis pada hari Jumaat , Jumaat, Oktober 11, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan