Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penghasilan Karya / Rekacipta

Encik Hasni bin Ali merupakan antara pelopor pembuatan bot tradisional dan perahu di Negeri Terengganu yang berpusat di Pulau Duyong. Kemahiran yag diwarisi daripada arwah ayahnya tidak pernah disia-siakan. Antara bot-bot dan perahu yang dihasilkan adalah seperti Perahu Sekoci, Perahu Payang, Perahu Kolek dan Bot Layar.

Tahap Penghasilan Karya / Rekacipta

Eksklusif
Pengahasilan bot dan perahu yang dijalankan oleh beliau sering mendapat perhatian daripada pembeli sama ada dari dalam mahupun luar Negara. Antara tempahan yang pernah diterima daripada luar Negara adalah seperti daripada Singapura, Arab Saudi dan Jerman.

Pasaran Khusus (Niche Market)
Encik Hasni tidak mempunyai pasaran khusus dalam perusahaan bot ini. Namun begitu beliau merupakan salah seorang pembuatan bot yang terkenal di Malaysia dan sering menerima tempahan dalam penghasilan bot dari dalam mahupun luar negara.

Karya / rekacipta yang menjadi ikutan (trend-setter)
Rekaan dan teknik pembuatan bot tradisonal yang dihasilkan oleh Encik Hasni sering menjadi ikutan dikalangan pembuat bot yang baru menceburkan diri.

Pengiktiraan ke atas kepakaran
Dia atas komitmen yang berterusan dalam mempertahankan penghasilan dan pembuatan bot tradisional, Encik Hasni bin Ali telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Kraftangan pada tahun 2010 yang menobatkan beliau sebagai antara Tukang Ulung Kraf

Selain itu, pihak Kerajaan negeri Terengganu turut memberi pengiktirafan kepada beliau sebagai Anugerah Usahawan Bot dan Perahu Negeri Terengganu pada tahun 2006.

Pencapaian Kerjaya
Hasil kegigihan dan penat lelah beliau sejak tahun 1988, beliau kini boleh berbangga kerana berjaya mewujudkan Syarikat Duyong Boat dan turut mempunyai bengkel pengeluaran di Pulau Duyong dengan bilangan pekerja tetap dan sambilan diantara 5 hingga 10 orang.

Dokumentasi
Selainitu, pihak Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk menjadikan Pulau Duyong sebagai hab pengeluaran bot-bot dan perahu tradisional. Jesteru itu, Encik Hasni sendiri sering menerima kunjungan daripada pihak media elektronik dan cetak bagi membuat liputan dan hebahan berkaitan industri bot dan perahu tradisional. Antara media cerak yang pernah membuat liputan ke bengkel beliau adalah seperti pihak RTM, TV_Alhijrah dan media cetak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Pihak Kraftangan Malaysia turut pernah mendokumentasikan dalam bentuk video dan gambar semasa Latihan Asas Pembuatan Bot yang diadakan di bengkel beliau bermula tahun 2007-2009 melibatkan 15 orang peserta.

Artikel ini telah ditulis pada hari Jumaat , Jumaat, Oktober 11, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

2 ulasan

bagussss

Selasa, Februari 19, 2019

Wow

Selasa, Januari 07, 2020

Catat Ulasan

Catat Ulasan