Sumbangan dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menurunkan Kemahiran

Hajjah Nik Rahimah telah mewariskan kemahiran beliau kepada cucu dan cicitnya. Pada tahun 2006 bagi mengekalkan warisan sulaman kelingkam, atas usaha Kraftangan Cawangan Kelantan telah menjemput Hajjah Nik Rahimah untuk menjadi tenaga pengajar sulaman kelingkam kepada seramai 10 orang pelajar selama 6 bulan. Pada tahun 2013, beliau juga telah mengadakan kelas sulaman kelingkam untuk pelajar-pelajar dari Yayasan Sultanah Nur Zahirah yang ingin mengetahui lebih mendalam lagi teknik-teknik sulaman tersebut.

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu

Perbadanan Kemajuan Kraftangan  Malaysia kerap menjemput beliau untuk menyertai demonstrasi terutama pada Hari Kraf Kebangsaan, Promosi Kerja Kahwin, Promosi Jualan Aidilfitri di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, JalanConlay, Promosi Kraf Malaysia di Pusat Jualan Kraf, Batu 2 dan lain- lain promosi di bawah anjuran Kraftangan Malaysia. Beliau juga telah dijemput untuk mengadakan demontrasi di Muzium Tekstil Kuala Lumpur sempena Pembukaan Muzium tersebut yang telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

 Menjadi Pakar Rujuk
  1. Pada tahun 1993 juga beliau pernah dijemput untuk mengadakan demontrasi sulaman kelingkam di hotel Hayat di Bangkok Thailand semasa mengikuti rombongan Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ke sana sempena mempromosikan Kelantan Heritage.
  2. Pada masa pemerintahan Sultan Ismail Petra juga, beliau kerap dijemput menjadi pengadil hamper setiap tahun pada sambutan keputraan Baginda iaitu sebagai pengadil pertandingan bagi kategori sulaman, gubahan dan masakan.
  3. Bermula tahun 2013, beliau menjadi tenaga pengajar untuk Yayasan Tengku Nurzahirah, Terengganu. Sesi pembelajaran tersebut  diadakan di Kota Bharu, Kelantan.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Oktober 10, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan