Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penghasilan karya / rekacipta
Hajjah Nik Rahimah mula bergiat aktif dalam bidang jahitan dan sulaman seawal tahun 50an lagi ketika beliau berumur 15 tahun dan antara kemahiran kemahiran beliau ialah sulaman kelingkam, tekatan paku-paku, sulaman ayak, jahitan manik, jahitan pakaian, smoking (jahitan bunga), kaitan (jarum satu dan jarum dua) dan peralatan singgah sana Diraja Kelantan.

Tahap penghasilan karya / rekacipta

Eksklusif
Pada tahun 60-an mula berkhidmat sebagai tukang jahit untuk Raja Perempuan Kelantan iaitu Al Marhumah Raja Perempuan Zainab II sehinggalah baginda Raja Perempuan mangkat. Ketika berkhidmat bersama baginda, Nik Rahimah sentiasa mengikuti baginda dan pernah tinggal di istana Negara sewaktu baginda menjadi Raja Permaisuri Agong. Beliau juga menjadi tukang jahit terutamanya menjahit manik dan labuci untuk pakaian Permaisuri Kelantan seterusnya iaitu Permaisuri Tengku Anis. Pada tahun 70-an, beliau pernah diminta untuk membuat sepasang selipar tekatan oleh Almarhum Sultan Yahya Petra untuk dihadiahkan kepada raja Thailand iaitu Raja Bumiphol Aduyadev. Sekitar tahun 80-an, beliau juga menjadi antara penyulam sulaman ayak untuk ibu Adiguru Lim Swee Kim dan pada tahun 1993, beliau terlibat dalam penyediaan peralatan untuk Muzium Istana Jahar, Kelantan.

Pasaran Khusus (Niche market)
Beliau juga telah diminta untuk menyiapkan kelengkapkan perkahwinan di Raja Kelantan menggunakan kelingkam untuk Muzium Negeri Pahang.

Karya / rekacipta yang menjadi ikutan (trend-setter).
Sehingga kini Hajjah Nik Rahimah masih lagi aktif meneruskan khidmatnya terutama dalam pembuatan selendang kelingkam yang kebanyakannya di tempah oleh kerabat – kerabat diraja dan isteri – isteri pembesar negeri. Beliau juga masih aktif menerima jemputan untuk mengadakan demostrasi dan memberi tunjuk ajar dalam sulaman kelingkam.

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta
Peralatan yang digunakan untuk menyiapkan sulaman kelingkam ini antaranya adalah pemidang kayu, kelingkam, jarum, benang mentah, tali pengikat, kain regang, kain penutup dan mentol lampu.

Pengiktirafan ke atas kepakaran
Hajjah Nik RAhimah telah menerima Penganugerahan Tukang Ulong pada tahun 2013 sempena Promosi Kraf Malaysia ( Hari Kebangsaan Kraf 2013). Pada tahun 2007, beliau pernah menerima Sijil Penghargaan dari Muzium Negara Malaysia. Antara anugerah yang pernah diterima beliau ialah tempat kedua dalam pertandingan Kategori Sulaman yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur.

Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
Hajjah Nik Rahimah telah menerima Penganugerahan Tukang Ulong pada tahun 2013 sempena Promosi Hari Kebangsaan Kraf 2013.

Pencapaian kerjaya
Hasil kerja tangan beliau mendapat perhatian dan diberi kepercayaan untuk menjahit kelengkapan pakaian seperti selendang kelingkam untuk permaisuri Selangor, Tengku Ampuan Rahimah, Permaisuri Perlis, Tengku Fauziah dan Sultanah Johor, Tengku Zanariah. Beliau juga menjahit selendang kelingkam untuk Sultanah Johor semasa majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia, Sekudai, Johor. Beliau juga telah diminta untuk menyiapkan kelengkapkan perkahwinan di Raja Kelantan menggunakan kelingkam untuk Muzium Negeri Pahang

Dokumentasi
Hasil karya beliau pernah mendapat liputan oleh Majalah Wanita 1987 kerana memenangi tempat kedua dalam pertandingan Sulaman ’87. Beliau pernah mendapat liputan dari media massa tempatan antaranya TV3 dalam segmen Wanita Hari Ini 2007 dan Berita RTM 2013 jam 8.00 malam. Pada 05/03/2013, beliau telah ditemubual oleh pihak akhbar Sinar Harian mengenai teknik Sulaman Kelingkam. 

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Oktober 10, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan