Shafie Bin Jusoh  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Untitled Document

Encik Shafie b. Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. En. Shafie amat berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya telah memainkan wau besar yang telah dihadiahkannya. Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.
 
Ketika awal penglibatannya, belum ada lagi anak Kota Bharu yang mengusahakan pembuatan wau secara serius. Pada masa itu beliau hanya bertanding sambil bermain wau di Stadium Kota Bharu serta Kompleks KB. Bakat  tokoh mula menyerlah ketika beliau berusia 22 tahun dengan kedatangan dua orang pelancong luar negara yang menyaksikan bakatnya memainkan wau di stadium. Berminat dengan keunikan permainan tersebut, kedua-dua pelancong tersebut menempah wau dari tokoh. Semenjak dari itu, tokoh mula yakin dengan produknya serta menerima tempahan wau naik untuk dijual. En. Shafie dan mula menerima tempahan secara eksklusif  dari syarikat-syarikat besar serta jabatan kerajaan ketika berusia 30 tahun.
 
Beliau yang sangat mahir membuat wau perhiasan dan wau naik untuk pertandingan telah banyak memenangi pertandingan wau di  peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Antara pertandingan yang pernah disertainya ialah pertandingan wau peringkat antarabangsa ialah Pasir Gudang Kite Festival International Guestsanjuran Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang dan peringkat negeri seperti Johan Wau Cantik dan Johan Wau Naik peringkat negeri Johor serta pertandingan-pertandingan anjuran Majlis Pelancongan Negeri Kelantan. Selain pertandingan, beliau juga ada menerima jemputan untuk membuat demonstrasi oleh Tourism Malaysia (TDC) dan aktiviti kebudayaan anjuran kerajaan negeri.
 
Salah satu keunikan wau bulan yang dihasilkan oleh tokoh ialah badan wau yang dihasilkan berbentuk bulat dan seimbang antara kiri dan kanan yang direka berkonsepkan wau pada permukaan syiling 50 sen. Tokoh juga tidak pernah meniru corak-corak wau daripada ciptaan orang lain walaupun atas permintaan pelanggan. Sekiranya diminta menghasilkan wau berdasarkan gambar yang diberi untuk tempahan, tokoh pasti mereka cipta corak lain berdasarkan konsep yang diberi. Ini adalah kerana tokoh amat menghormati rekacipta orang lain dan ingin menghasilkan rekaan identitinya sendiri.
 
Apa yang paling menarik, wau yang telah dihasilkan oleh En. Shafie telah membawa beliau kepada pelantikan sebagai duta MAS. Pihak MAS sering menjembut beliau untuk membuat demonstrasi di luar negara seperti Australia, German, Maldives, Melbourne dan Jepun. Sehingga kini, pencapaian tokoh telah mendapat liputan daripada penerbitan majalah juga akhbar serta beberapa agensi media seperti RTM, TV3, TV7, TV8 dan juga Astro. Satu keistimewaan yang ada pada tokoh ialah beliau amat merendah diri meskipun namanya masyhur di kalangan penggiat seni wau. Beliau juga tidak pernah menetapkan sebarang kadar bayaran terhadap pihak media yang ingin membuat liputan tentang dirinya, perusahaan ataupun produknya.

Artikel ini telah ditulis pada hari Jumaat , Jumaat, Oktober 11, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

7 ulasan

Saya nk tarikh lahir dia dan tempat lahir dia

Rabu, Februari 03, 2021

saya nak tahu tempat lahir dia

Rabu, Februari 03, 2021

tempat lahir dia please

Rabu, Februari 03, 2021

saya nak tarikh lahir Shafie bin Jusof

Rabu, Februari 03, 2021

1947 di kelantan

Ahad, Februari 07, 2021

Wahhh hebat lah, shafie bin jusoh ni.. Semoga diberkati Allah

Isnin, Februari 08, 2021

Saya nak tahu digelar sebai

Sabtu, April 09, 2022

Catat Ulasan

Catat Ulasan