Kerja menyediakan tembikar ini antaranya termasuk menyediakan tanah yang digali dari tempat tanah liat yang sesuai dan kemudian dibawa ke bengkel untuk dijemur. Biasanya tanah liat dijemur di atas zink supaya cepat kering dan supaya kandungan air tanah itu serap dan tidak berketul-ketul apabila direndam. Sebelum direndam, tanah liat itu ditumbuk dalam lesung dengan menggunakan antan. Tanah kemudiannya ditapis hingga halus. Tanah itu kemudian dilepa dan dituang kepada acuannya. Seterusnya tanah itu dibentuk mengikut barangan yang hendak dibuat, seperti belanga, terenang, pasu bunga dan sebagainya. Bahan itu kemudian diukir mengikut motif dan kemudian dibakar.
Rekabentuk belanga dan terenang merupakan idea turun-temurun. Belanga dibuat sebesar mungkin, mengikut tempahan seperti saiz belanga yang boleh memuatkan seekor kambing di dalamnya. Belanga tembeling sesuai digunakan untuk memasak lauk-pauk, sayur-sayuran, akar-akar kayu atau herba. masakan menggunakan belanga tembeling dipercayai membantu melazatkan makanan dari segi aroma dan rasa.
tembikar terenang dipercayai berasal dari sebuah tempat bernama 'Jong Berlabuh' sebuah kampung di daerah Kuala Tembeling. Saiz terbesar terenang adalah sebesar tempayan.Reka bentuk terenang dipercayai membantu melafazkan makanan dari segi aroma dan rasa.
Tembikar terenang dipercayai berasal dari sebuah tempat bernama 'jong berlabuh' sebuah kampung di daerah Kuala Tembeling. Saiz terbesar terenang adalah sebesar tempayan. Rekabentuk terenang dipercayai berasal atau dipengaruhi oleh siam dan kemboja. Gunanya terenang ialah untuk upacara jampi serapah dan untuk diisi air mawar asli sebagai ubat penawar. Ia
juga utuk tujuan perhiasan. Terenang adalah ciptaan asli Kampung Pasir Durian.Tanah di kawasan ini sesuai untuk membuat terenang. Tanah ini mengandungi bahan-bahan mineral dan penapis yang amat berguna untuk tubuh badan manusia.
Antara lain-lain produk yang dihasilkan adalah bekas cincin, digunakan untuk mengisi cincin pada majlis-majlis merisik, menghantar pinangan dan perkahwinan. bekas perasap kemenyan atau perasap digunakan semasa upacara jampi serapah dan jika ada kematian. Tempayan direka dari biji kelapa hinggalah sebesar pemeluk. Ia merupakan bekas pelbagai guna. Pasu bunga dicipta dalam pelbagai saiz. Ia digunakan sebagai bekas untuk menanam pokok-pokok bunga.
Penghasilan produk-produk ini adalah terhad kerana menggunakan teknik 'tradisi'.Teknik pembuatan moden dan berkesan tidak dapat diadaptasikan kerana kurangya minat dari penduduk-penduduk tempatan.
Artikel ini telah ditulis pada
hari Isnin
, Isnin, September 09, 2013
di bawah kategori
Manja Binti Ali
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan