Kepercayaan kebanyakan masyarakat Melayu begitu taksub dengan pantang larang berkaitan dengan cara hidup dan kegiatan ekonomi mereka. Hakikat ini diakui oleh Pak Wan sendiri, terutama dalam melaksanakan pekerjaan harian beliau membuat tembaga.
Antara petua-petua yag sering diamalkan sewaktu menuang ialah :
- Pastikan acuan dalam keadaan rata, Ianya dapat ditentukan apabila tembaga yang telah masak dituangkan ke dalam acuan.
- Mengawal suhu kepanasan dengan cara mengelakkan lebih angin ke atas acuan. Ketika ini proses melebur dilakukan dengan berhati-hati supaya api tidak meliuk-liuk ke satu bahagian sahaja.
- Hari yang dianggap elok menuang ialah di awal-awal bulan iaitu dari satu hingga sepuluh haribulan. Kitab tajul muluk boleh dijadikan sebagai bahan rujukan mengenai cara mengenali hari yang sesuai, mengetahui keadaan tembaga serta tatacara untuk berjumpa dengan seseorang pada hari dan waktu yang dikehendaki.
- Seseorang pengusaha tidak digalakkan menuang tembaga sewaktu berlaku sesuatu kematian. Jika tidak, beberapa masalah akan timbul seperti terjadi kerosakkan pada acuan atau kelewatan dalam proses melebur.
- Pembacaan ayat-ayat Al-Quran bagi mempermudahkan urusan kerja
- Penyediaan bengkel yang selesa dan mempunyai ruang yang mencukupi. Ini penting bagi mempermudahkan pergerakan.
Hasil-hasil kraf Pak Wan tidak sekadar dijual dikedainya sahaja malah juga melalui tempahan dalam bentuk kuali, tempayan atau pasu bunga. Barang-barang tembaga yang dijual dikedai lebih tertumpu pada hasil-hasil tembaga yang kecil.
Bagaimanapun keuntungan adalah lebih diperolehi dalam membuat barang-barang tembaga yang besar. Umpamanya, jika sebuah tempayan dijual dengan harga RM1,000.00 mengikut kadar nilai pasaran semasa, untung bersih yang didapati ialah sebanyak RM700.00. Manakala harga pasaran untuk barang-barang kecil pula berubah-ubah berdasarkan permintaan pembeli.
Menurut Pak Wan, beliau boleh mengenakan harga tinggi pada sesuatu barangan tempahan itu sekiranya seeorang pelanggan memerlukannya dengan segera. Satu biji acuan kek, seperti sarang akak boleh jual sehingga RM130.00 berbanding dengan harga biasa sebanyak RM100.00 dengan hanya modal RM50.00 sahaja.
Penghasilan barangan tembaga tidak dapat menjamin pendapatan tetap kepada seseorang pengusaha memandangkan permintaan dan citarasa pembeli kerapkali berubah. Meskipun begitu, Pak Wan masih mampu memperolehi antara RM400.00 hingga RM2,000.00 sebulan.Sebilangan besar dari pelanggan-pelanggan beliau terdiri dari golongan yang berpendapatan sederhana dan sekali sekala sahaja tempahan diterima dari pihak istana.
Masa depan perusahaan seni tembaga secara tradisional akan terjejas ekoran kurangnya pengusaha-pengusaha melibatkan diri dalam bidang yang memerlukan ketekunan dan kreativiti mempelbagaikan hasil-hasil keluaran untuk menghadapi saingan teknologi moden dalam pembuatan tembaga.
Sumbangan
Encik Wan Abdullah Wan Muda, walaupun tidak menyerlah dari segi penglibatan terhadap program-program anjuran kerajaan namun beliau mampu mengahasilkan satu kerja seni yang tinggi kepada negara.
Pengalaman
Warisan seni pertukangan tembaga masih berterusan melalui usaha dan kemahiran diambil alih oleh seseorang pengusaha dari pengusaha sebelumnya. Mengikut kebiasaan, ia diwarisi oleh salah seorang ahli-ahli keluarga tokoh tersebut sepertimana minat yang ditunjukkan oleh Encik Daud, anak sulung Pak Wan unuk bergiat dalam bidang ini. Beliau kerap memerhati kerja-kerja ayahnya sebelum membuat sendiri sehinggalah beliau menjadi cekap dalam segala teknik dan proses. Pak wan hanya bertindak memberi panduan dan mengawasi kerja-kerja anak-anaknya.
Dalam pada itu, Pak Wan tidak ketinggalan membimbing, melatih dan mengajar anak-anak muda tempatan. Bagaimanapun tidak ramai yang berminat dan ada di kalangan mereka yang tidak yakin dengan masa depan perusahaan ini.
Selain minat, beberapa ciri seperti dibawah seharusnya diambil kira oleh sesiapa yang ingin menceburi kegiatan membuat tembaga.
- Kurang berjalan
- Sentisasa melihat dan memahami cara-cara seseorang pengusaha itu bekerja
- Gemar membantu pengusaha yang sedang bekerja
- Mempunyai akal fikiran yang cerdas
- Tubuh badan yang sihat dan cergas
Artikel ini telah ditulis pada
hari Selasa
, Selasa, April 23, 2013
di bawah kategori
Wan Abdullah Bin Wan Muda
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan