Sumbangan Dalam Pembangunan Industri Kraf Negara-Daud Yusoff  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menurunkan kemahiran

Encik Mohd Daud tidak pernah mengenal erti jemu untuk menurunkan kemahiran pertukangan kraf perak kepada golongan muda yang berminat untuk mempelajari kemahiran ini. Beliau sering mengadakan sesi pembelajaran bagi mereka-mereka yang berminat.
Beliau juga turut menurunkan seni kraf pertukangan perak ini kepada tiga (3) orang anak beliau bertujuan untuk memastikan seni kraf warisan ini diwarisi di kalangan keluarga dan mereka merupakan salah seorang tukang perak mahir di syarikatnya.

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu

Kemahiran pertukangan seni kraf perak Mohd Daud Yusoff membuatkan beliau sering dilantik sebagai juru tunjuk/juru demo bagi aktiviti dalam dan luar negara oleh Kraftangan Malaysia serta agensi berkaitan. Antara berikut merupakan senarai promosi di luar negara yang disertai oleh Mohd Daud Yusoff:
-Juru tunjuk di Misi Perdagangan di Myanmar.
-Juru tunjuk di Misi Perdagangan di Brunei.
-Juru tunjuk di Misi Perdaganga di China.
-Jemputan bagi forum di Thailand.

Beliau juga sering mengikuti program promosi pasaran domestik dan antarabangsa anjuran Kraftangan Malaysia. Antara berikut merupakan aktiviti/program yang disertai beliau:
-Hari Kraf Kebangsaan
-Promosi Kerja Kahwin
-Promosi Kraf Aidilfitri
-Promosi Kraf Logam

Menjadi pakar rujuk

Mohd Daud Yusoff sering menjadi rujukan oleh tukang kraf perak setempat yang baru menceburi bidang seni kraf berkenaan.
Beliau sering dilantik menjadi tenaga pengajar bagi Skim Khidmat Kraftangan dan sesi latihan praktikal pelajar Institut Kraf Negara dan institusi lain dari tahun 2000 hingga kini.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan