Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan-Daud Yusoff  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tahap penghasilan karya / reka cipta
Mohd Daud Yusoff sering mengguna dan menggubah reka corak yang berunsurkan motif flora untuk disesuaikan dengan bentuk produk kraf mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.

Eksklusif
Karya atau reka cipta yang dihasilkan beliau sering dijadikan hiasan dan cenderamata oleh pihak Istana .

Beliau sering mendapat tempahan membuat cokmar dari pihak kerajaan negeri dan universiti tempatan. Antara cokmar yang dihasilkan beliau adalah Cokmar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, ASWARA, Dewan Bandaraya Johor Bahru dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Pasaran khusus (Niche market)
Sesuai dengan strategi perniagaan Dy Silver Craft, Mohd Daud Yusoff telah menghasilkan produk mengikut segmen pasaran yang ingin diterokai samada di peringkat orang kebanyakan atau peringkat istana/peminpin negara.

Produk kraf perak yang dihasilkan beliau sering dipasarkan oleh pihak Karyaneka dan ditempatkan di rangkaian kedai-kedai Karyaneka di seluruh negara.

Karya / reka cipta yang menjadi ikutan (trend-setter)
Reka corak yang digubah oleh Mohd Daud Yusoff menggabungkan pelbagai motif tradisional dan kontemporari sentiasa mendapat perhatian dari penggemar kraf perak dan menjadi ikutan tukang-tukang perak yang lain.

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta
Mohd Daud Yusoff turut menggunakan alatan moden dalam seni pertukangan perak kerana alatan ini dapat mempertingkatkan lagi proses kerja di samping menjaga kualiti produk. Pada masa yang sama beliau juga menggunakan kaedah tradisional di dalam pembuatan produk perak ini. Berikut merupakan peralatan yang beliau gunakan:
-Plate Rolling Machines
-Stamping Machines
-Flexible Shaft

Pengiktirafan dan pencapaian

Pengiktirafan ke atas kepakaran
Sepanjang berkecimpung dalam industri kraf perak, Mohd Daud Yusoff tidak pernah mendapat pengiktirafan dari mana-mana pihak.

Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
Produk kraf yang dihasilkan oleh Mohd Daud Yusoff sering ditempah oleh pihak-pihak tertentu untuk majlis kenegaraan dan digunakan sebagai cenderamata oleh pihak istana.

Kekemasan hasil tangan Mohd Daud Yusoff, membuatkan beliau sering mendapat tempahan untuk membuat cokmar dari Institut Pengajian Tinggi dan Majlis Daerah Tempatan.

Pencapaian kerjaya
Mohd Daud telah menubuhkan syarikat Dy Silver Craft pada tahun 2004 dan mempunyai seramai 10 orang tukang kraf perak yang berkemahiran tinggi.

Dokumentasi
Kegiatan beliau turut mendapat liputan daripada media masa tempatan:
-RTM (Radio dan Televisyen)
-Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3)
-Berita Harian
-Utusan Malaysia
-Buku (terbitan dari England-1990)

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan