Kepimpinan dan Ketokohan Hajah Ramiah  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Beliau anak jati berketurunan Irranun yang menetap di Kampung. Merabau bersama keluarga. Memiliki kemahiran menenun yang diwarisi daripada ibu dan kakaknya yang memang merupakan penenun terkenal waktu itu.

Antara kain tenunan tradisional Sabah yang dihasilkan oleh Puan Ramiah adalah kain Dastar. Kain Tenun Dastar merupakan pakaian kebesaran suku kaum Bajau yang dijadikan sebagai tengkolok atau perhiasan pada pakaian tradisional mereka yang dipakai dalam upacara adat, keagamaan, majlis rasmi, perayaan dan perkahwinan.

Puan Ramiah mengusahakan tenunan di bengkel yang terletak berhampiran dengan tempat kediamannya. Selain daripada benang kapas, beliau turut menggunakan benang nenas yang diproses sendiri dan kemudian diwarna menggunakan warna juga dari bahan semula jadi.

Beliau mengajar tenunan kepada generasi muda dari masyarakat setempat. Ini adalah di antara usaha murni beliau dalam mengembangkan seni Tenunan Dastar.

Pada peringkat awal penglibatan beliau dalam bidang tenunan, beliau banyak menggunakan bahan semulajadi yang diproses sendiri iaitu penggunaan benang daripada serat nenas. Beliau turut menyediakan bahan pewarna dari sumber alam untuk mewarna benang yang akan ditenun.

Beliau juga menghasilkan reka corak dari motif binatang (ayam dan kuda) yang biasanya menjadi kebanggaan suku kaum Bajau. Selain itu, beliau turut memasukkan motif geometri di dalam tenunannya.

Oleh kerana permintaan terhadap kain dastar semakin meluas, Puan Rameah mempelbagaikan reka corak agar ianya boleh dijadikan produk lain seperti alas meja, kusyen dan hiasan dinding.

Kreativiti Puan Rameah mendapat perhatian daripada jabatan kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Beliau juga berkemahiran menenun kain Mugah, Baraguru, Ampik, Tapak Sila dan kain Sambitan. Selain daripada menenun beliau juga mempunyai kemahiran membuat tudung saji dari daun serdang dan menganyam tikar pandan.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan