Kepimpinan dan Ketokohan Adiguru Kraf Pasu Iban  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Beliau mula mAempelajari bidang Pasu Iban (Periuk Iban) pada usia 15 tahun dari ibunya Puan Chandi a/k Lupuh. Ini atas dasar hendak mewarisakan warisan keluarga dan minat yang tinggi pada dirinya.

Pada mulanya beliau hanya belajar corak-corak mudah yang pernah dihasilkan oleh ibunya, namun kini beliau boleh menghasilkan rekaan berdasarkan permintaan dari pelanggan.

Beliau juga menjadi tenaga pengajar kepada penduduk setempat serta membuat demonstrasi teknik pembuatan Pasu Iban secara tradisional kepada pihak yang berminat seperti Muzium Negeri Sarawak, UNIMAS dan PKKM Cawangan Sarawak.

Encik Andah juga telah menghasilkan beberapa reka corak motif untuk digunakan pada pasu ibannya seperti berikut :
  • Bunga Segi Empat
  • Bunga Terung
  • Bunga Kelawar
  • Bunga Jaring (Bunga Jala)
  • Bunga Bunut
  • Bunga Mata
  • Bunga Perut Morek (Anak Katak)
Beliau juga pernah di bawa untuk membuat demonstrasi Pasu Iban di PKKM Langkawi pada tahun 1987 dan luar Negara seperti di Negara Jepun pada tahun 1991.

Beliau pernah dilantik sebagai jurudemo semasa pengambaran dokumentasi mengenai Pasu Tradisi Iban oleh Kraftangan Malaysia.

Encik Andah juga pernah dilantik sebagai “Talent” semasa pengambaran dokumentasi mengenai Pasu Tradisi Iban oleh PKKM.

Membuat demonstrasi Pasu Iban di PKKM Kuala Lumpur sempena pameran Pottery Emotion selama 1 minggu dari awal hingga akhir proses menyediakan pasu iban.

Beliau juga pernah ditemuramah oleh pihak TV3 secara langsung untuk rancangan program Selamat Pagi Malaysia.

Sebagai seorang yang pakar dalam bidang ini, beliau telah mengajar dan juga membuat demonstrasi kepada masyarakat tempatan, persatuan-persatuan, agensi-agensi kerajaan atau swasta, orang perseorangan dan juga pelatih-pelatih PKKM.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan