Adiguru Kraf Rebana Ubi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Rebana ubi merupakan sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan dalam upacara dan majlis keramaian. Suatu ketika dahulu, rebana ubi juga merupakan media komunikasi tradisional yang kini semakin dilupakan. Haji Mahmood atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mud di antara pembuat dan pemain rebana yang terkenal serta ternama semasa hayatnya. Beliau dilahirkan pada tahun 1930 di Kampung Jelutong, Kok Lanas, Kelantan dan telah mewarisi kemahiran membuat dan bermain rebana daripada ayahnya sejak beliau berusia 10 tahun.

Kerja-kerja menghasilkan alat muzik terbesar ini memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi di samping kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi. Selain berkepakaran dalam pembuatan rebana ubi, Pak Mud juga mengetuai Kumpulan Rebana Kampung Sakor dan sering mengadakan persembahan rebana ubi terutama di sekitar Kelantan. Kumpulan beliau pernah memenangi beberapa pertandingan anjuran agensi kerajaan dan swasta.

Bagi menghargai jasa dan perjuangan beliau dalam mengekalkan seni warisan ini, Kraftangan Malaysia telah melantiknya sebagai Adiguru Kraf Rebana Ubi pada tahun 1996. Beliau meninggal dunia pada 28 Januari 1998.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan