Adiguru Kraf Pandai Besi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Abdullah bin Daud dilahirkan pada tahun 1943 di Kampung Manan, Pasir Mas, Kelantan dan lebih mesra dengan panggilan Pak Lah. Beliau di antara tukang besi yang masih giat mencanai kemahiran bagi menghasilkan pelbagai peralatan khususnya senjata tradisional Melayu seperti keris, lembing, golok, parang dan kapak.

Beliau mempelajari kemahiran bertukang senjata daripada bapanya yang memiliki bengkel pertukangan senjata. Beliau menghabiskan setiap masa terluang dengan melihat, mencuba mengetuk dan menempa kepingan besi serta menghasilkan barangan kecil seperti pisau serta hulu parang. Barang-barang ini kemudian dijual kepada rakan-rakan sekolah pada harga 20 hingga 60 sen. Pak Lah melakukan proses pembuatan senjata dari peringkat pemilihan besi yang akan ditempa sehingga mengukir sarung atau kepala senjata berkenaan. Ini merupakan bakat semulajadi yang ada pada diri Pak Lah. Beliau turut mengembangkan ilmu kemahiran yang dimiliki dengan menjadi tenaga pengajar kepada kumpulan-kumpulan pelapis bagi memastikan seni warisan ini terus berkembang.

Kehalusan dan kekemasan pada barang yang ditempa oleh Pak Lah menjadi sebutan ramai terutama penggemar dan pengumpul senjata lama. Bagi menghargai jasa dan sumbangannya dalam memekarkan seni kraf warisan, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Pandai Besi pada tahun 1993.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan