Latar Belakang Penglibatan Tokoh  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Alat muzik terbesar yang terdapat di Malaysia adalah rebana besar. Tingginya hampir 2 kaki dan beratnya 528kg. Rebana besar dibalut dengan kulit dikepalanya dan badannya diperkuatkan dengan kayu-kayu baji. Rebana biasanya dipalu pada sebelah malam di kawasan terbuka. Alat ini dimain berpasang-pasang. Bunyinya agak kuat dan boleh didengar pada jarak yang agak jauh. Seorang tokoh yang mahir bermain dan membuat alat muzik ini adalah Mahmood Bin Latif. Mahmood Bin Latif merupakan anak jati Negeri Kelantan.

Beliau seorang tokoh yang amat gigih menjalankan perusahaan membuat rebana pada masa itu. Beliau membuat rebana dengan menggunakan peralatan tradisional dan moden. Pengalaman beliau yang mendalam dalam pembuatan rebana menjadikan beliau mampu menghasilkan rebana sebiji dalam masa satu bulan dengan kadar hanya RM1,500.00 sebuah.

Selain daripada menumpukan perhatian dalam perusahaan membuat rebana, beliau juga sering di jemput mengadakan persembahan. Persembahan utamanya adalah setiap petang Isnin dan Rabu yang diadakan di Gelanggang Seni Kota Baharu, Kelantan. Beliau merupakan ketua kumpulan rebana bagi Kampung Sokor dan telah memimpin persatuan ini hampir 15 tahun dan sepanjang pimpinan beliau kumpulan ini telah berjaya memenangi beberapa pertandingan anjuran kerajaan dan swasta antaranya di Stadium Negara pada tahun 1996 di bawah anjuran PEPSI.

Encik Mahmood juga berkebolehan membuat dan bermain rebana daripada ayahnya yang juga salah seorang penggiat seni di kawasan Kota Baharu, Kelantan. Kemahiran serta pengalaman beliau dalam bidang ini menjadikan beliau sebagai salah seorang penduduk terpenting di kampung beliau dan sering menjadi pakar rujuk dalam sebarang permasalahan penduduk setempat. Ketokohan, keterampilan dan pengalaman beliau menjadikan beliau mampu bersaing bersama alat-alat muzik yang lainnya.

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, April 25, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan