Kepimpinan dan Ketokohan Dayang Norsalam Adiguru Tenunan Songket Sarawak  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Dilahirkan di Sarikei Sarawak dan mewarisi kemahiran menenun songket daripada keluarganya. Pernah menerima pendidikan formal namun minat yang dalam bidang tenunan songket lebih kuat mempengaruhi beliau.

Kemahiran yang beliau perolehi adalah daripada ibunya Puan Lui Majeni Binti Tiong.

Beliau juga membuat demonstrasi teknik Tenunan Songket Sarawak kepada yang berminat.

Beliau memimpin generasi muda tempatan mengendalikan projek menenun songket dan secara tidak langsung membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Beliau mahir menghasilkan reka corak songket yang secara tidak langsung menjadi identiti kepada kain songket Sarawak. Antara reka corak yang digemari seperti pucuk rebung, bunga mawar, tampok pedada, corak emak rebung, bunga cabit, koyak tersusun, bunga semalu dan bunga cengkeh.

Beliau menghasilkan sampin dan kain sarung. Beliau turut menerima tempahan dari golongan atasan, istana dan juga individu yang berminat. Bagi menyiapkan sehelai kain beliau mengambil masa selama satu bulan.

Beliau seorang yang pakar dalam bidang Tenunan Songket Sarawak ini dan telah banyak membuat demonstrasi kepada masyarakat tempatan, persatuan-persatuan, agensi-agensi kerajaan dan swasta, orang perseorangan dan juga pelatih-pelatih Kraftangan Malaysia.

Beliau juga pernah mengikuti beberapa pertandingan peringkat Negeri dan Kebangsaan. Beliau mendapat tempat kedua (Gerak Desa Wawasan) dan saguhati (Ilham Desa di Kuala Lumpur).

Beliau juga telah dimasukkan ke dalam Program Perantisan Kraf Warisan bidang Tenunan Songket Bahagian Pembangunan Usahawan Kraf bermula pada tahun 2006.

Beliau melatih peserta baru di bawah program tersebut iaitu :
  • 4 Julai 2006-31 Mei 2007 (10 Bulan) melibatkan 5 orang peserta
  • 16 Julai 2007-31 Disember 2007 melibatkan 5 orang peserta
  • 1 Mac 2008-31 Julai 2008 melibatkan 2 orang peserta.
Beliau diberi kepercayaan mengendalikan bengkel tenunan songket dengan memberi tunjuk ajar kepada penenun-penenun muda.

Beliau turut memberi latihan kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia.

Sumbangan beliau ini telah mendapat perhatian oleh Kraftangan Malaysia dengan melantik beliau sebagai Adguru Kraf Songket Sarawak pada tahun 1995.

Selain itu juga, beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Felda Negeri Pahang untuk mengajar Teknik Sembunyi Benang kepada penenun di Felda. Seramai 12 orang peserta telah mengikuti program tersebut.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan