Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Tahap penghasilan karya / reka cipta

Encik Abdul Manan sering mengguna dan menggubah reka corak yang berunsurkan motif flora untuk disesuaikan dengan bentuk produk kraf mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.

Eksklusif

Karya atau reka cipta yang dihasilkan beliau sering dijadikan hiasan dan cenderamata oleh pihak Istana Kelantan seperti Payung Adat Istiadat, Kepala Logo Kenderaan Istana dan Cokmar.

Beliau sering mendapat tempahan membuat cokmar dari Dewan Undangan Negeri, Institusi Pengajian Tinggi, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Pahang.

Hasil kerja tangan beliau telah mendapat perhatian dari Kerajaan Malaysia apabila menerima tempahan produk perak untuk cenderamata kepada bekas Setiausaha Agung PBB (Koffi Annan) pada tahun 2005.

Berikut merupakan produk-produk yang telah dihasilkan oleh beliau :

  • Cokmar Dewan Undangan Negeri Terengganu – 1980
  • Bekas Renjisan Air Mawar Istana Negara – 1990
  • Piala Perdana Sukma – Majlis Sukan Negara – 1990
  • Cenderamata Undangan Rasmi SUKOM 98 Berhad - 1998
  • Piala Olahragawan Negeri Pahang – Majlis Sukan Negeri Pahang – 1999
  • Cokmar Universiti Tun Abdul Razak – 2000
  • Cokmar Universiti Putera Malaysia – 2000
  • Keris Istiadat Cokmar Universiti Industri Selangor (Unisel) – 2001
  • Piala Anugerah Olahragawan / Olahragawati Kebangsaan –Majlis Sukan Negara (MSN) 2002
  • Cokmar Institut Iktisad Kemajuan Pahang (IKIP) -2005
  • Cokmar Universiti Teknikal Malaysia - 2007
  • Gong Bertanduk Tempahan Sultan Muhammad Ke V (Istanan Kelantan) -2010
  • Cokmar Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya – 2010
Pasaran Khusus (Niche market)

Sesuai dengan strategi perniagaan KB Permai, Encik Abdul Manan telah menghasilkan produk mengikut segmen pasaran yang ingin diterokai samada di peringkat biasa, pertengahan atau tinggi (eksklusif). Susun atur bilik pameran dan jualan produk KB Permai disusun mengikut segmen pasaran khusus untuk pelbagai variasi pelanggan yang datang.

Pada tahun 2008, karya seni beliau telah dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk dipasarkan di Gedung Membeli Belah Harrods, London.

Karya / reka cipta yang menjadi ikutan (menjadi trend-setter)

Reka corak yang digubah oleh Encik Abdul Manan menggabungkan pelbagai motif tradisional dan geometri kontemporari khususnya tempahan Cokmar-Cokmar Universiti yang diterima pakai oleh banyak institusi pengajian. Antaranya ialah teknik pahat wares bermotif Pucuk Rebung, Sulur Kacang, Daun Jawa dan Tapak Lembing serta Islamic Geometric di atas permukaan produk perak.

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta

Encik Abdul Manan turut meneroka penggunaan alatan moden dalam seni Pertukangan Perak. Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pasaran. Penggunaan alatan ini dapat menpercepatkan proses pertukangan, namun kualiti dan keindahan kraf perak masih terus dikekalkan. Di samping itu kos pengeluaran juga dapat dikurangkan dan ia memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memiliki barangan kraf perak.

Berikut merupakan peralatan yang beliau gunakan iaitu :
  • Plate Rolling Machines
  • Mesin Dawai Magnetic Thumbler Polishing Machines
  • Stamping Machines
  • Flexible Shaft
Pengiktirafan ke atas kepakaran tokoh

Beliau telah dilantik sebagai Tukang Perak Istana Kelantan. Kebanyakan barang yang dihasilkan oleh beliau sering digunakan oleh pihak Istana Kelantan sebagai cenderamata untuk kenalan dan tetamu Kerabat Diraja Kelantan.

Pada tahun 2008, Encik Abdul Manan telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Perak dari Kraftangan Malaysia.

Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta tokoh

Hasil karya Encik Abdul Manan berjaya menembusi pasaran sehingga ke dalam Istana Negara sebagai salah satu perkakasan dalam adat istiadat istana.

Pengiktirafan Istana Negara tersebut setaraf dengan perlantikan beliau sebagai tukang perak Istana Negeri Kelantan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.

Karya beliau juga sering digunakan untuk anugerah-anugerah tertinggi sukan negara seperti Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan dan Piala Perdana Sukma.

Kerajaan Malaysia turut mengiktiraf karya Encik Abdul Manan dengan menjadikan Produk Kraf Perak sebagai cenderamata kepada Bekas Setiausaha Agung PBB (Koffi Annan)

Antara lain-lain penganugerahan dan pengiktirafan yang diterima oleh beliau ialah :
  • Pada Tahun 1970’an beliau pernah menyertai pameran dan memenangi tempat ke dua kraf perak yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia
  • Pada tahun 1993 beliau telah dilantik sebagai Tukang Kraf Istana Kelantan oleh pihak Istana Kelantan
  • Beliau menerima Anugerah Usahawan Seni Kraf dalam bidang perak dari Kerajaan Malaysia pada tahun 2007
  • Pada Tahun 2008 beliau telah menerima Anugerah Industri Pelancongan Negeri Kelantan kategori produk kraf
  • Beliau juga dilantik sebagai Adiguru Kraf Perak dari Kraftangan Malaysia pada tahun 2009

Pencapaian kerjaya tokoh

Bermula pada awal tahun 1960-an, Encik Abdul Manan telah mengembangkan perniagaannya dengan menjadikan KB Permai sebagai jenama kraf perak yang ternama di peringkat tempatan dan juga nasional.

Beliau juga mempunyai 11 orang pekerja yang berkemahiran tinggi

Beliau juga pernah mempunyai kedai jualan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Dokumentasi

Kegiatan beliau turut mendapat liputan daripada media masa tempatan:
  • RTM (Radio dan Televisyen)
  • Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3)
  • Berita Harian
  • Utusan Malaysia
Kraftangan Malaysia juga telah menerbitkan dokumentari berkaitan beliau yang bertajuk Adiguru Kraf Perak yang diterbitkan pada tahun 2009. Dokumentari ini menerangkan ketelitian dan kepakaran seni pertukangan perak yang diwarisi oleh beliau serta penerokaan berkaitan dengan kehidupan dan pengalamannya sepanjang menceburi bidang seni kraf perak.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan