Encik Shafie b. Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. En. Shafie amat berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya telah memainkan wau besar yang telah dihadiahkannya. Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.
Ketika awal penglibatannya, belum ada lagi anak Kota Bharu yang mengusahakan pembuatan wau secara serius. Pada masa itu beliau hanya bertanding sambil bermain wau di Stadium Kota Bharu serta Kompleks KB. Bakat tokoh mula menyerlah ketika beliau berusia 22 tahun dengan kedatangan dua orang pelancong luar negara yang menyaksikan bakatnya memainkan wau di stadium. Berminat dengan keunikan permainan tersebut, kedua-dua pelancong tersebut menempah wau dari tokoh. Semenjak dari itu, tokoh mula yakin dengan produknya serta menerima tempahan wau naik untuk dijual. En. Shafie dan mula menerima tempahan secara eksklusif dari syarikat-syarikat besar serta jabatan kerajaan ketika berusia 30 tahun.
Beliau yang sangat mahir membuat wau perhiasan dan wau naik untuk pertandingan telah banyak memenangi pertandingan wau di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Antara pertandingan yang pernah disertainya ialah pertandingan wau peringkat antarabangsa ialah Pasir Gudang Kite Festival International Guestsanjuran Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang dan peringkat negeri seperti Johan Wau Cantik dan Johan Wau Naik peringkat negeri Johor serta pertandingan-pertandingan anjuran Majlis Pelancongan Negeri Kelantan. Selain pertandingan, beliau juga ada menerima jemputan untuk membuat demonstrasi oleh Tourism Malaysia (TDC) dan aktiviti kebudayaan anjuran kerajaan negeri.
Salah satu keunikan wau bulan yang dihasilkan oleh tokoh ialah badan wau yang dihasilkan berbentuk bulat dan seimbang antara kiri dan kanan yang direka berkonsepkan wau pada permukaan syiling 50 sen. Tokoh juga tidak pernah meniru corak-corak wau daripada ciptaan orang lain walaupun atas permintaan pelanggan. Sekiranya diminta menghasilkan wau berdasarkan gambar yang diberi untuk tempahan, tokoh pasti mereka cipta corak lain berdasarkan konsep yang diberi. Ini adalah kerana tokoh amat menghormati rekacipta orang lain dan ingin menghasilkan rekaan identitinya sendiri.
Apa yang paling menarik, wau yang telah dihasilkan oleh En. Shafie telah membawa beliau kepada pelantikan sebagai duta MAS. Pihak MAS sering menjembut beliau untuk membuat demonstrasi di luar negara seperti Australia, German, Maldives, Melbourne dan Jepun. Sehingga kini, pencapaian tokoh telah mendapat liputan daripada penerbitan majalah juga akhbar serta beberapa agensi media seperti RTM, TV3, TV7, TV8 dan juga Astro. Satu keistimewaan yang ada pada tokoh ialah beliau amat merendah diri meskipun namanya masyhur di kalangan penggiat seni wau. Beliau juga tidak pernah menetapkan sebarang kadar bayaran terhadap pihak media yang ingin membuat liputan tentang dirinya, perusahaan ataupun produknya.
Ketokohan, Kreativiti, Pengalaman dan Sumbangan
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Shafie Bin Jusoh
Encik Shafie Bin Jusoh mula meminati bidang Kraf Wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga.
Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri.
Encik Shafie amat berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya telah memainkan wau besar yang telah dihadiahkannya. Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.
Ketika awal penglibatannya, belum ada lagi anak Kota Bharu yang mengusahakan pembuatan wau secara serius. Pada masa itu beliau hanya bertanding sambil bermain wau di Stadium Kota Bharu serta Kompleks KB. Bakat tokoh mula menyerlah ketika beliau berusia 22 tahun dengan kedatangan dua orang pelancong luar negara yang menyaksikan bakatnya memainkan wau di stadium. Berminat dengan keunikan permainan tersebut, kedua-dua pelancong tersebut menempah wau dari beliau.
Semenjak dari itu, beliau mula yakin dengan produknya serta menerima tempahan wau naik untuk dijual. Encik Shafie mula menerima tempahan secara eksklusif dari syarikat-syarikat besar serta jabatan kerajaan ketika berusia 30 tahun.
Daya Kreativiti dan Inovasi
Salah satu keunikan wau bulan yang dihasilkan oleh beliau ialah badan wau yang dihasilkan berbentuk bulat dan seimbang antara kiri dan kanan yang direka berkonsepkan wau pada permukaan syiling 50 sen.
Beliau juga tidak pernah meniru corak-corak wau daripada ciptaan orang lain walaupun atas permintaan pelanggan. Sekiranya diminta menghasilkan wau berdasarkan gambar yang diberi untuk tempahan, tokoh pasti mereka cipta corak lain berdasarkan konsep yang diberi. Ini adalah kerana tokoh amat menghormati rekacipta orang lain dan ingin menghasilkan rekaan identitinya sendiri.
Apa yang paling menarik, wau yang telah dihasilkan oleh Encik Shafie telah membawa beliau kepada pelantikan sebagai duta MAS.
Pihak MAS sering menjembut beliau untuk membuat demonstrasi di luar negara seperti Australia, German, Maldives, Melbourne dan Jepun. Sehingga kini, pencapaian beliau telah mendapat liputan daripada penerbitan majalah juga akhbar serta beberapa agensi media seperti RTM, TV3, TV7, TV8 dan juga Astro.
Satu keistimewaan yang ada pada beliau ialah merendah diri meskipun namanya masyhur di kalangan penggiat seni wau. Beliau juga tidak pernah menetapkan sebarang kadar bayaran terhadap pihak media yang ingin membuat liputan tentang dirinya, perusahaan ataupun produknya.
Produk-produk wau yang di hasilkan oleh beliau sering dibeli oleh hotel-hotel, jabatan kerajaan, muzium serta syarikat swasta terutamanya selepas wau tersebut digunakan dalam sesuatu pertandingan.
Sumbangan
Kejayaan demi kejayaan mula beliau kecapi. Antaranya beliau pernah dijemput beberapa kali membuat demonstrasi dan interaktif bagi pihak Kraftangan Malaysia.
Shafie bin Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang dan berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. Ibu bapanya turut memberi dorongan terhadap minat beliau.
Ketika awal penglibatannya, belum ada lagi anak Kota Bharu yang mengusahakan pembuatan wau secara serius. Pada masa itu beliau hanya bertanding sambil bermain wau di Stadium Kota Bharu serta Kompleks Kota Bharu. Beliau mula menerima tempahan dari pelancong luar negara apabila dua orang pelancong menyaksikan bakatnya memainkan wau di stadium ketika berusia 22 tahun. Berminat dengan keunikan permainan tersebut, kedua-dua pelancong tersebut menempah wau dari beliau. Ketika berusia 30 tahun, beliau mula menerima tempahan secara eksklusif dari syarikat-syarikat besar serta jabatan kerajaan. Satu keistimewaan beliau ialah sikapnya yang amat merendah diri meskipun namanya masyhur di kalangan penggiat seni wau.
Beliau yang sangat mahir membuat wau perhiasan dan wau naik untuk pertandingan telah banyak memenangi pertandingan wau di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Antara pertandingan yang pernah disertainya ialah pertandingan wau peringkat antarabangsa ialah Pasir Gudang Kite Festival International Guests anjuran Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang dan peringkat negeri seperti Johan Wau Cantik dan Johan Wau Naik peringkat negeri Johor serta pertandingan-pertandingan anjuran Majlis Pelancongan Negeri Kelantan. Selain pertandingan, beliau juga ada menerima jemputan untuk membuat demonstrasi oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan aktiviti kebudayaan anjuran kerajaan negeri.
Selain itu, pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pernah membawa beliau untuk membuat demonstrasi di luar negara seperti Australia, German, Maldives, Melbourne dan Jepun. Kemahiran beliau turut mendapat liputan meluas dari media cetak dan media elektronik tempatan. Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Wau pada tahun 2006.
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin
.jpg)