Definisi Tokoh Kraf Negara  

Ditulis

Tokoh Kraf Negara ialah penghormatan atau pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada seseorang tokoh / master craftmen yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut :

Berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang kraf warisan yang mempunyai nilai estetika dan identiti bangsa Malaysia.

Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memulih, memelihara dan memartabat seni kraf warisan negara.

Memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan industri kraf negara.
Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran dan menjadi role model kepada kumpulan pelapis.

Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan mengambil berat mengenai keadaan masyarakat setempat.