Biodata Wan Mustafa Bin Wan Su
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Wan Mustafa Bin Wan Su
Kepimpinan dan Ketokohan Wan Mustapha
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Wan Mustafa Bin Wan Su
Wan Mustapha Wan Su merupakan salah seorang pengukir kayu yang terkenal bukan sahaja di Terengganu malah juga di seluruh negara. Mewarisi kemahiran mengukir daripada ayah beliau, Wan Su Wan Othman antara pengukir tersohor tanah air yang pernah menerima Anugerah Seni Negara.
Beliau juga telah berjaya membuka galeri ukiran kayu yang dikenali sebagai Balai Seni Wanpo. Di sini beliau menyiapkan tempahan yang diterima dengan dibantu oleh 30 orang pengukir mahir dan separuh mahir. Balai seni ini memberi peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan yang berminat dalam bidang ukiran.
Wan Mustapha turut memberi latihan dan bimbingan kepada pengukir muda yang berminat mendalami seni ukiran tradisional.
Oleh kerana kemahiran dan kepakaran beliau dalam bidang ukiran kayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka telah melantik beliau sebagai salah seorang daripada panel pengkaji istilah bahasa bagi bidang ukiran.
Beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang ukiran kepada individu, pelajar, agensi kerajaan dan juga swasta.
Daya Kreativiti dan Inovasi Wan Mustafa
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Wan Mustafa Bin Wan Su
Bagi Wan Mustapha nilai dan kualiti hasil kerja terletak pada kesempurnaan sesebuah ukiran. Beliau sendiri yang akan memastikan kualiti pada setiap produk ukiran mencapai tahap yang memuaskan sebelum diserahkan kepada pelanggan. Seringkali beliau menghalusi dan memperbaiki produk-produk ukiran yang diukir oleh pekerjanya.
Sekeliling rumah dan balai seni Wan Mustapha dirimbuni dengan pohon dan bunga-bunga yang menjadi inspirasi dalam setiap karya seni ukiran beliau.
Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian Wan Mustafa
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Wan Mustafa Bin Wan Su
- 80 orang guru dari seluruh Malaysia bertempat di Pusat Perkembangan Korikulum Jalan Duta Kuala Lumpur.
- 60 orang guru dari seluruh Terengganu di Maktab Perguruan Batu Rakit, Terengganu.
- Belia-belia anjuran Kraftangan Cawangan Pahang.
- 200 belia dari seluruh negara anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Malaysia dan juga Kraftangan Malaysia
- Kepakaran dan pengetahuan beliau telah diturunkan kepada anak lelakinya yang mempunyai kelulusan sebagai arkitek dan mula memceburi bidang ukiran kayu ini.
Menerima dan menyiapkan tempahan sejak tahun 1980an hingga sekarang dan di antaranya Istana Muktabillah Terengganu (1980an), Muzium Terengganu dan Istana Melawati Putera Jaya (2003).
Balai Seni Mustapha Wan Su merupakan mercu tanda kejayaan Wan Mustapha Wan Su.
Sumbangan Wan Mustafa dalam Perkembangan Kraf
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Wan Mustafa Bin Wan Su
- Menjadi pakar rujuk seni ukiran tradisional kepada penuntut dari institusi pengajian tinggi.
- Menjadi penceramah seni ukiran Melayu di Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain IPT sekitar tahun 1980an hingga 1990an.
- Menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Istilah Seni Ukir-Dewan Bahasa Dan Pustaka.
- Menjadi ahli dalam Jawatankuasa Jejak Warisan Terengganu anjuran Pelancongan Malaysia
Wan Mustafa bin Wan Su merupakan salah seorang pengukir kayu yang terkenal bukan sahaja di Terengganu malah juga di seluruh negara. Mewarisi kemahiran mengukir daripada ayah beliau, Wan Su Wan Othman antara pengukir tersohor tanah air. Hasil usaha gigihnya, beliau telah membuka galeri ukiran kayu iaitu Balai Seni Wanpo yang menjadi mercu tanda kejayaan beliau. Di sini beliau menyiapkan tempahan yang diterima dengan dibantu oleh 30 orang pengukir mahir dan separuh mahir. Balai seni ini memberi peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan yang berminat dalam bidang ukiran.
Ukiran beliau mempunyai identiti tersendiri dan beliau akan memastikan kualiti pada setiap produk ukiran mencapai tahap yang memuaskan sebelum diserahkan kepada pelanggan. Bagi Wan Mustafa, nilai dan kualiti hasil kerja terletak pada kesempurnaan sesebuah ukiran. Seringkali beliau menghalusi dan memperbaiki produk-produk ukiran yang diukir oleh pekerjanya. Sehingga kini, beliau banyak menerima tempahan ukiran untuk bangunan pejabat, masjid, muzium seperti Masjid Wilayah Kuala Lumpur, Istana Muktabillah Terengganu, Muzium Terengganu dan Istana Melawati Putrajaya.
Wan Mustafa turut memberi latihan dan bimbingan kepada pengukir muda yang berminat mendalami seni ukiran tradisional. Selain itu, beliau turut memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada guru-guru dan juga belia-belia seluruh Malaysia anjuran jabatan kerajaan. Bagi mewarisi empayar ukiran ini terus diwarisi, kepakaran dan pengetahuan beliau telah diturunkan kepada anak lelakinya yang mempunyai kelulusan sebagai arkitek dan mula menceburi bidang ukiran kayu ini.
Selain sumbangan dalam memberi tunjuk ajar berkaitan kemahiran ukiran, Wan Mustafa juga giat menjadi pakar rujuk seni ukiran tradisional kepada penuntut dari institusi pengajian tinggi dan juga menjadi penceramah seni ukiran Melayu di institut pengajian tinggi tempatan sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an. Kepakaran beliau juga mendorong beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Istilah Seni Ukir oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selain menjadi ahli dalam Jawatankuasa Jejak Warisan Terengganu anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beliau cukup dikenali sebagai pakar rujuk dalam bidang ukiran kepada individu, pelajar, agensi kerajaan dan juga swasta. Bagi menghargai usaha dan sumbangan beliau, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Ukiran Kayu pada tahun 2007
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin
.jpg)