Biodata Ainatisah Binti Bilal Din
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Ainitisah Binti Bilal Din
Adiguru Kraf Tekatan Benang Emas
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Ainitisah Binti Bilal Din
Beliau dilahirkan pada tahun 1941 dalam kalangan keluarga seni yang mempunyai kemahiran menekat. Telah menjadi amalan setiap keluarga tradisional ketika itu anak gadis tidak digalakkan belajar di sekolah. Namun demikian, setiap ibu bapa memastikan anak gadis mereka mempunyai asas pendidikan agama dan rumah tangga termasuk kemahiran kerja tangan sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Oleh yang demikian setiap anak gadis yang mencapai usia remaja diajar mengurus rumah tangga di samping belajar menjahit, menganyam, menenun, menyulam atau menekat.
Demikian jugalah pengalaman Ainatishah. Beliau belajar menekat daripada ibu dan neneknya sehingga lama kelamaan seni kemahiran ini menjadi sumber pendapatan beliau. Tempahan diterima bukan sahaja dari masyarakat setempat malah juga daripada kerabat diraja dan pembesar istana. Motif-motif flora seperti bunga kekwa, anggerik dan asam batu ditekat penuh teliti di atas kain baldu terpilih lalu menghasilkan produk yang cantik dan penuh berseni. 
Kehalusan hasil tekatan beliau menjadi sebutan. Beliau turut menurunkan ilmu kemahiran kepada generasi muda yang berminat dalam seni tekatan. Bagi menghargai sumbangan dan kesungguhan beliau mempertahankan seni kemahiran menekat, pada tahun 1987 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Tekatan.
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin
.jpg)
