Memaparkan catatan dengan label Ramiah Binti Abdullah. Papar semua catatan

Biodata Ramiah Binti Abdullah  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kepimpinan Dan Ketokohan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Ramiah Binti Abdullah merupakan anak jati berketurunan Irranun yang menetap di Kampung Merabau bersama keluarga. Memiliki kemahiran menenun yang diwarisi daripada ibu dan kakaknya yang memang merupakan penenun terkenal pada waktu itu. Antara kain tenunan tradisional Sabah yang dihasilkan oleh Puan Ramiah adalah kain Dastar. Kain Tenun Dastar merupakan pakaian kebesaran suku kaum Bajau yang dijadikan sebagai tengkolok atau perhiasan pada pakaian tradisional mereka yang dipakai dalam upacara adat, keagamaan, majlis rasmi, perayaan dan perkahwinan.

Puan Ramiah mengusahakan tenunan di bengkel yang terletak berhampiran dengan tempat kediamannya. Selain daripada benang kapas, beliau turut menggunakan benang nenas yang diproses sendiri dan kemudian diwarna menggunakan warna yang juga dari bahan semula jadi. Beliau mengajar tenunan kepada generasi muda dari masyarakat setempat. Ini adalah di antara usaha murni beliau dalam mengembangkan seni Tenunan Dastar.

Daya Kreativiti Dan Inovasi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pada peringkat awal penglibatan Puan Ramiah Binti Abdullah dalam bidang tenunan, beliau banyak menggunakan bahan semulajadi yang diproses sendiri iaitu penggunaan benang daripada serat nenas. Beliau turut menyediakan bahan pewarna dari sumber alam untuk mewarna benang yang akan ditenun. Beliau juga menghasilkan reka corak dari motif binatang (ayam dan kuda) yang biasanya menjadi kebanggaan suku kaum Bajau. Selain itu, beliau turut memasukkan motif geometri di dalam tenunannya.

Oleh kerana permintaan terhadap kain dastar semakin meluas, Puan Ramiah telah mempelbagaikan reka corak agar ianya boleh dijadikan produk lain seperti alas meja, kusyen dan hiasan dinding. Kreativiti Puan Ramiah mendapat perhatian daripada jabatan kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Beliau juga berkemahiran menenun kain Mugah, Baraguru, Ampik, Tapak Sila dan kain Sambitan. Selain daripada menenun beliau juga mempunyai kemahiran membuat tudung saji dari daun serdang dan menganyam tikar pandan.

Kepimpinan dan Ketokohan Hajah Ramiah  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Beliau anak jati berketurunan Irranun yang menetap di Kampung. Merabau bersama keluarga. Memiliki kemahiran menenun yang diwarisi daripada ibu dan kakaknya yang memang merupakan penenun terkenal waktu itu.

Antara kain tenunan tradisional Sabah yang dihasilkan oleh Puan Ramiah adalah kain Dastar. Kain Tenun Dastar merupakan pakaian kebesaran suku kaum Bajau yang dijadikan sebagai tengkolok atau perhiasan pada pakaian tradisional mereka yang dipakai dalam upacara adat, keagamaan, majlis rasmi, perayaan dan perkahwinan.

Puan Ramiah mengusahakan tenunan di bengkel yang terletak berhampiran dengan tempat kediamannya. Selain daripada benang kapas, beliau turut menggunakan benang nenas yang diproses sendiri dan kemudian diwarna menggunakan warna juga dari bahan semula jadi.

Beliau mengajar tenunan kepada generasi muda dari masyarakat setempat. Ini adalah di antara usaha murni beliau dalam mengembangkan seni Tenunan Dastar.

Pada peringkat awal penglibatan beliau dalam bidang tenunan, beliau banyak menggunakan bahan semulajadi yang diproses sendiri iaitu penggunaan benang daripada serat nenas. Beliau turut menyediakan bahan pewarna dari sumber alam untuk mewarna benang yang akan ditenun.

Beliau juga menghasilkan reka corak dari motif binatang (ayam dan kuda) yang biasanya menjadi kebanggaan suku kaum Bajau. Selain itu, beliau turut memasukkan motif geometri di dalam tenunannya.

Oleh kerana permintaan terhadap kain dastar semakin meluas, Puan Rameah mempelbagaikan reka corak agar ianya boleh dijadikan produk lain seperti alas meja, kusyen dan hiasan dinding.

Kreativiti Puan Rameah mendapat perhatian daripada jabatan kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Beliau juga berkemahiran menenun kain Mugah, Baraguru, Ampik, Tapak Sila dan kain Sambitan. Selain daripada menenun beliau juga mempunyai kemahiran membuat tudung saji dari daun serdang dan menganyam tikar pandan.

Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian Hajah Ramiah  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menerima Anugerah Adiguru Kraf Tenun Asli Sabah Dastar daripada Kraftangan Malaysia pada tahun 1987.

Beliau mengajar tenunan asli Sabah kepada generasi muda di sekitar Kota Belud dan melatih anggota kerja Kraftangan Malaysia.

Beliau menjadi jurutunjuk kepada kumpulan pelatih di bawah Skim Perantisan Kraf Warisan anjuran Kraftangan Malaysia.

Beliau juga turut menyertai promosi, pameran dan demonstrasi tenunan yang diadakan di sekitar Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Adiguru Kraf Tenunan Dastar  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sabah terkenal dengan hasil tenunan suku kaum etnik yang menjadi lambang budaya masyarakatnya. Di antara kain tenunan etnik yang terkenal ialah tenunan dastar yang dihasilkan oleh suku kaum Irranun dan dipakai pula oleh suku kaum Bajau. Kain tenunan dastar dijadikan pudong (tengkolok) oleh lelaki Bajau yang dipakai pada hari-hari perayaan atau upacara kebesaran lainnya.

Hajah Ramiah binti Abdullah dari suku kaum Irranun dilahirkan pada tahun 1933 di Kampung Merabau, Kota Belud, Sabah merupakan penenun dastar yang terkenal di sekitar daerah Kota Belud. Beliau mewarisi kemahiran menenun dari ibunya pada usia remaja. Berbekalkan kemahiran ini beliau membantu menambah pendapatan keluarga. Keindahan alam sekitar dan keunikan budaya hidup suku kaum etnik di sekeliling beliau memberi inspirasi dalam menghasilkan reka corak dan ragam hias pada tenunan dastar. Di samping itu juga beliau mahir menenun kain Mugah dan kain sambitan.

Beliau turut melatih penenun-penenun muda dalam usaha memulihara dan memelihara seni kemahiran yang semakin dilupakan. Hasil tenunan beliau yang unik ini bukan sahaja sebagai pelengkap pakaian tradisional suku kaum Bajau, tetapi kini turut dijadikan sebagai alas meja, sarung kusyen dan pelbagai hiasan rumah. Pada tahun 1986, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Tenunan Dastar bagi menghargai kemahiran seni yang beliau miliki. Beliau telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2010.