Produk tembikar yang dihasilkan oleh beliau terdapat dalam pelbagai saiz dan pelbagai jenis produk tembikar seperti terenang, belanga, pasu, bekas buah dan pelbagai bentuk lama dan baru mengikut permintaan pelanggan.
Produk-produk ini boleh digunakan untuk memasak, menyimpan air, perhiasan dan perubatan tradisional.
Biasanya, beliau boleh menyiapkan set terenang (beserta penutup dan tapak) dalam masa 20 hari manakala untuk sebiji mangkuk yang ringkas boleh disiapkan dalam masa satu hingga dua hari.
Beliau yang berkahwin ketika berusia 21 tahun telah mewarisi kemahiran pembuatan tembikar ini daripada ibu mertuanya, Puan Sepian Binti Mat Amin.
Hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan tujuh orang anak iaitu empat orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kini, kesemua anaknya menetap di sekitar negeri Pahang dan beliau tinggal bersendirian di rumahnya.
Beliau juga pernah mengajar beberapa orang anak muda namun hanya seorang dua saja yang betul-betul konsisten kepada perusahaan ini.
Kraftangan Malaysia sering membawa beliau untuk mengadakan persembahan demonstrasi di beberapa majlis anjuran Kraftangan Malaysia seperti Perlis, Perak dan Pekan.
Beliau biasanya mendapat tempahan daripada Kraftangan Malaysia dan penduduk sekitar Pahang.
Selain tempahan, beliau juga sering menerima lawatan daripada pengunjung dari dalam atau luar negara.
Artikel ini telah ditulis pada
hari Isnin
, Isnin, April 23, 2012
di bawah kategori
Noriah Binti Mohd Ali
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan